Loading...
Di Ahmedabad, India, terdapatnya sebuah restoran yang menghidangkan teh tarik yang lazat kepada pengunjung-pengunjungnya.
Apa yang menarik, Restoran New Lucky yang sememangnya terkenal dengan kelazatan teh tariknya merupakan restoran yang berada di atas tanah perkuburan.
Menyingkap sejarah terbinanya kedai unik itu, ia bermula pada 50 tahun yang lalu.
Restoran itu telah dibina oleh KH Mohammad di kawasan tanah perkuburan dengan hanya menghidangkan teh tarik biasa sahaja.
Dengan usahanya yang kecil itu, perniagaannya semakin berkembang maju dan dia terus membina restoran yang lebih besar.
Selepas KH Mohammad meninggal dunia, perniagaannya itu telah diambil alih oleh Krishnan Kutti Nair.
Semenjak itu, Nair banyak melakukan perubahan ke atas restoran itu dan masih menjaga rapi setiap kubur yang ada di dalam restoran itu.
Setiap pagi, sebelum perniagaannya dijalankan, Nair akan membersihkan setiap kubur yang ada walaupun dia sendiri tidak mengetahui kubur-kubur itu kepunyaan siapa.
Pihaknya percaya, niat dia menjaga kubur-kubur dengan baik telah memberikan rezeki yang lebih dalam perniagaannya.
Bagi anda yang akan berkunjung ke negera India, apa kata mencuba rasa teh tarik dan roti nan atau ‘maska bun’ di restoran itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI
2 Ulasan
sungguh, saya tak berani!!
BalasPadamer..akak pun sama
BalasPadamjerit kat sini