Misteri Sumpahan gaun pengantin

Misteri Sumpahan gaun pengantin

Loading...
Mariah Carey mengahwini Tommy Mottola pada 5 Jun 1993 dan bercerai empat tahun kemudian.

VERA Wang, pereka fesyen pakaian pengantin yang sinonim dengan percintaan, semalam mengumumkan dia berpisah dengan suaminya, Arthur Becker, selepas 23 tahun berkahwin.

Tetapi nampaknya, seperti pereka fesyen itu, pelanggannya yang berprofil tinggi di Hollywood yang pernah mengenakan gaun pengantin rekaannya di hari perkahwinan meeka, turut mengalami nasib yang sama.

BAHAGIA... beberapa pengantin perempuan yang mengenakan gaun rekaan Vera Wang masih bahagia, termasuk Victoria Beckham, Ivanka Trump dan Chelsea Clinton (gambar).

Dari Mariah Carey ke Heidi Klum dan Jessica Simpson, beberapa bintang yang meminta pereka itu mencipta gaun di hari istimewa mereka turut mengalami masalah rumah tangga.

Walaupun ada pengantin perempuan yang mengenakan pakaian rekaan Vera Wang masih bahagia di alam perkahwinan, seperti Khloe Kardashian yang mengahwini Lamar Odom pada 2009, juga Victoria Beckham, Ivanka Trump dan Chelsea Clinton, ramai yang telah bercerai.


Mariah Carey mengahwini Tom Mottola pada 5 Jun 1993 dengan mengenakan gaun “sweetheart” (gaun tanpa lengan) dengan kain sepanjang 27 kaki, tetapi mereka bercerai empat tahun kemudian.


Jessica Simpson mengenakan gaun Vera Wang ketika mengahwini Nick Lachey pada 2002, tetapi kedua-dua bintang rancangan “Newlyweds” itu bercerai pad 2005. Pada tahun yang sama Sophia Bush mengahwini pelakon “One Tree Hill” Chad Michael Murray di Santa Monica, California pada April 2005 dan mereka bercerai pada September 2005.

Jennifer Lopez mengahwini Marc Anthony pada 2004 dengan mengenakan gaun rekaan Vera Wang dan mereka bercerai pada 2011. Sementara itu, Avril Lavigne mengahwini Sum 41 Deryck Whibley dengan gaun sutera di Montecito, California pada 165 Julai 2006 dan meninggalkannya tiga tahun selepas itu.


Elin Nordegren yang mengahwini Tiger Woods pada Oktober 2004 di lubang ke 19 di padang golf Resort Sandy Lane di Barbados, memfailkan perceraian pada 2010 dan Kim Kardashian yang mengahwini Kris Humphries pada Ogos 2011, dengan mengenakan gaun yang direka khas oleh Vera Wang, bercerai 72 hari selepas itu.

Walaupun tiada gambar hari perkahwinan Seal dan Heidi Klum, Heidi telah mengenakan gaun putih rekaan Vera Wang yang menampilkan kain renda Chantilly dengan rekaan gaun jenis “empire”.

Awal tahun ini, pasangan itu bercerai.

Perpisahan Vera Wang sendiri berlaku hanya dua minggu sebelum tarikh ulang tahun perkahwinannya yang ke -23.

Pereka yang kini berusia 63 tahun, berusia 39 tahun ketika mengahwini Becker, seorang eksekutif komputer yang terlibat secara aktif dalam jenama Vera Wang selama beberapa tahun.

Presiden syarikat Vera, Mario Grauso, dalam satu kenyataan berkata, “Vera Wang dan Arthur Becker mencapai kata sepakat untuk berpisah. Mereka masih ibu bapa yang penyayang kepada dua anak mereka.”

Menurut WWD, Becker telah memberi nasihat ketika perniagaan Vera berkembang daripada hanya sebuah kedai pengantin di Upper East Side, hingga menjadi syarikat jenama berjuta dolar, dan dia semakin melibatkan diri dalam operasi seharian sejak kebelakangan ini.

Pasangan itu berkahwin di Hotel Pierre pada 1989 selepas bertunang secara rasmi pada 1988 ketika bercuti di Hawaii dan mempunyai dua orang anak perempuan, Cecilia dan Josephine.

Sewaktu mereka berkahwin, Vera juga adalah bekas editor Vogue, bekas pengarah rekaan untuk aksesori wanita dan pakaian rumah untuk Ralph Lauren.

Pada 2006, Vera berkata kepada majalah New York, perkahwinannya adalah satu kejutan.

Katanya, “Saya adalah gadis di mana tiada siapa menyangka akan berkahwin. Saya mahu menjadi pereka fesyen yang tidak berkahwin seumur hidup saya. Terdapat beberapa generasi seperti itu, pereka fesyen yang tidak berkahwin, di mana mereka hidup, makan, bernafas untuk pakaian.”

Katanya, “Tetapi, Ralph (Lauren) berkata, “Cari suami dan keluarga.” Anna (Wintour) berkata, “Anda perlu ada keluarga sekarang. Anda sudah tiga dekad keseorangan.” Jadi saya mengahwini suami saya.”

“Ada juga hari-hari di mana saya tidak gembira kerana berkahwin tetapi ada juga masanya saya sangat teruja. Maksud saya, dia sentiasa memahami diri saya sebenar, sebab itu ia sentiasa mengenai produk saya.”

Tetapi apabila tiba masa untuk gaun pengantinnya, dia terus mencari di pusat beli-belah dan butik pengantin tetapi merasakan “semua gaun itu serupa.”

Akhirnya, Vera mengalah lalu mengupah seorang pembuat pakaian untuk mereka gaunnya dengan harga AS$10,000 (RM31,874).

Pada 1990, dia membuka salun rekaan di Hotel Carlyle di New York yang memaparkan rekaan gaun pengantin yang menjadi gaya tersendiri Vera Wang, dengan bantuan kewangan daripada bapanya.

Jenama Vera Wang terus terkenal dan mendapat pujian daripada elit fesyen kerana menggunaka fabrik mewah, perincian dan rekaan klasik yang diberi nafas moden. - DM


Catat Ulasan

0 Ulasan