Mayat Gaddafi Dihina Seperti Boneka

Mayat Gaddafi Dihina Seperti Boneka

Loading...
Libya – Satu rakaman yang menunjukkan bagaimana layanan kejam ke atas mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas beliau ditembak mati, telah tersebar di internet.

Dalam rakaman yang mengejutkan itu, yang dimuat naik dalam YouTube, semalam, ia menunjukkan bagaimana mayat Allahyarham diperlakukan umpama patung.

Rakaman itu ditujukan kepada pemimpin Syria, Bashar Al Assad untuk dijadikan sebagai amaran kepadanya.

Setakat ini tidak diketahui siapa yang memuat naik rakaman berkenaan namun ia difilemkan pada 20 Oktober tahun lalu, iaitu ketika Muammar ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.

Ia juga menunjukkan bagaimana golongan muda bersorak kegembiraan berhampiran van yang menempatkan mayat Allahyarham.

Mayat Muammar dalam keadaan tidak berbaju dan tubuhnya dipenuhi dengan darah.

Salah seorang pemberontak tersebut dirakamkan emegang kepala Allahyarham dan mempermainkan jenazah tersebut manakala beberapa orang yang lain merakamkan perbuatan berkenaan dalam telefon bimbit mereka.

Selepas video berkenaan dimuat naik dalam internet, salah seorang anggota kumpulan anti kerajaan Syria menulis dalam twitternya bahawa “seseorang perlu menunjukkan rakaman ini kepada Bashar,’’,

Rakaman itu disebarkan dua minggu selepas Libya mengadakan pilihan raya pertama pasca kejatuhan Muammar .

Muammar Gaddafi memerintah Republik Libya selepas rampasan kuasa daripada Raja Idris pada 1969.

Protes anti Muammar bermula pada bulan Februari tahun lalu, susulan kebangkitan di Mesir dan Tunisia.

Namun di sebalik usaha menumbangkan Muammar, tentera pemberontak terpaksa mendapatkan bantuan Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk campur tangan.
mynewshub

Catat Ulasan

0 Ulasan