Loading...
PEKAN – Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, yang tersebar di laman blog serta video majlis perkahwinan di YouTube mengundangkontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi masyarakat di negara ini. Sinar Harian sempat berkunjung ke rumah keluarga pengantin lelaki di Bandar Dara Chini, namun keluarganya bertegas tidak mahu ditemu bual ekoran tidak selesa dengan publisiti yang diperoleh secara mendadak.
Menurut sumber keluarga terdekat, video tersebut dimuat turun ke laman maya bertujuan untuk berkongsi saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan tidak sempat hadir pada hari perkahwinan tersebut.
Sinar Harian turut difahamkan bahawa pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, namun kenduri bagi meraikan pasangan pengantin ini diadakan pada 8 Julai lalu.
Ibu pengantin lelaki yang ditemui turut mengakui bahawa dia sekeluarga memilih untuk berdiam diri walaupun ada reaksi negatif yang diterima daripada masyarakat mengenai perkahwinan anaknya.
Menurutnya, anak lelakinya akan meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dan berharap agar orang ramai memahami situasi mereka yang merestui hubungan dan perkahwinan berkenaan.
Sementara itu, Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan yang dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan pasangan berkenaan.
Menurutnya, sebarang perkahwinan yang melibatkan pasangan atau salah seorang daripada pengantin di bawah umur seharusnya mendapatkan perintah kebenaran daripada pihak mahkamah sebelum ia dijalankan.
Semoga bahagia ke anak cucu..
5 Ulasan
semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke syurga...
BalasPadamapa yang kontroversinya..orang yg x nak kahwin buat maksiat patut diserbu..nak kacau rumahtangga orang buat apa..
BalasPadamX jd kesalahan pon...suratkhabar jer yg suka wat gimik camnie..esok nnti klu pasangan nie da de zuriat..dia bole berdikari..dak laki bole bg bini makan..maksudnya ok ler tu..
BalasPadammemang tak salah pun..cuma macam janggal sket la..sbb kalau nak ikutkan..SPM pun lum lepas lagi..
BalasPadamorng kata sekurang-kurangnya biarlah habis SPM dulu..
Ya lah..tapi kalau dah tertulis jodhnya...kena redha la..
semoga kekal hingga anak cucu..
aminn
baru tonton VC mereka ... sengeh sorang-sorang ... sweet ... semoga mendapat rahmat Allah dan rumahtangga diberkati selalu ... aminnn.
BalasPadamjerit kat sini