Kisah Benar: Orang memaki Tok Guru akhirnya tak boleh bercakap

Kisah Benar: Orang memaki Tok Guru akhirnya tak boleh bercakap

Loading...

Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku.

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.

Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.


Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.

Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.

Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.

Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.

Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”

Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazak. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.

Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT.


by ahmadi

p/s  tak kiralah parti mana sekalipun,sbb itulah kita jangan sesekali sesedap rasa memaki orang..tak baik..
lagipun makbapak kita tak ajar kita utk maki2 oang kan...?
Ingat...sekarang banyak yang Allah bayar 'cash'

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Betul. Jangan kerana parti kita membenci seseorang. Ramai yang tidak faham soal ini. Tak suka pada perangainya bukan orangnya. Kagum dgn pemimpin seperti tok guru ni.. Masih menjalani kehidupan seperti org biasa2 walau bergelar menteri.

    BalasPadam
  2. moga Allah ampunkan dosanya dan tok guru juga.

    BalasPadam
  3. kisah yg patot dijadikan teladan tuk kita yg masih bernafas di bumi ALLAH

    BalasPadam
  4. Ada pendamping la tu, kebiasaannya kalau kita kutuk2 dia, nanti saka dia kacau org yg kutut tuan dia. huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai2 kau je, tok guru nik aziz ni orang agama, memang dirahmati Allah

      Padam
  5. @Ummi Iman
    akak pun suka tgk kehidupan beliau yang amat sederhana

    BalasPadam
  6. Gila taksub dgn org tua tu.. Huhuhuhuhu.. Agak la nak auta sekalipun.. Lawok..

    BalasPadam
  7. Gila taksub dgn org tua tu.. Huhuhuhuhu.. Agak la nak auta sekalipun.. Lawok..

    BalasPadam
  8. bukan ker tok guru yg lg byk memaki org lain. tak bisu pun tok guru. kira kalo org kutuk tok guru bala akan sampai ler.. tapi kalo tok guru maki org lain kira boleh ler kira Allah izinkan ler kot........

    tok tok tok tok tok...

    BalasPadam
  9. Saya juga pernah bertemu orang (di kalangan keluarga) yg sangat anti dengan YAB MB sehingga mengungkit serban beliau.

    Yg hairannya, dia juga rajin ke surau & memakai serban & kadang-kadang jadi imam.

    BalasPadam
  10. walaupun nik aziz banyak memaki tapi kata2 makiannya mempunyai makna dan satu sindiran berbentuk pengajaran kepada yang disindir. beliau juga seorang alim ulama pewaris nabi yang banyak ilmu agamanya berbanding kita dan pemimpin2 lain. ada satu kes, anak kawan ayah aku(kini anak dia dah jadi arwah) adalah salah seorang golongan yang menerima akibat buruk dari menghina nik aziz. ayah arwah cerita pada ayah saya yg juga kawan baiknya mengenai kisah anak dia yang suatu masa dahulu pernah memaki, kecing dan tunjuk punggung ke arah gambar nik aziz. sehingga suatu hari anaknya itu ditimpa suatu penyakit misteri, malah tidak boleh kencing dan berak sehinggalah ajalnya dijemput Ilahi. Begitulah akibatnya jika menghina pewaris nabi.

    BalasPadam

jerit kat sini