Header Ads

Gurauan Ala-ala Bodoh AC Mizal

loading...
AC Mizal Bergurau Temui Brad Pitt Disangka Benar

                                                                AC Mizal

PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan Datuk AC Mizal tidak menyangka gurauannya di Twitter dengan peminat kononnya dia telah bertemu pelakon Hollywood, Brad Pitt untuk berbincang mengenai projek lakonan pada Selasa lalu menimbulkan pelbagai spekulasi dan dianggap benar-benar berlaku oleh segelintir pihak.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 40, berkata dia terkejut apabila gurauan itu dianggap benar dan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.

“Saya tidak tahu hendak tergelak atau apa? Saya tidak sangka pula gurauan dengan para peminat di akaun Twitter pada Selasa lalu dianggap serius oleh segelintir pihak.

“Hakikatnya, kemas kini di akaun itu kononnya saya akan berlakon bersama Brad Pitt hanyalah gurauan kosong dan bukan untuk mencari publisiti atau kontroversi,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Ditanya tidakkah tindakannya itu dianggap mempersendakan khalayak, AC Mizal berkata, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana pengikut-pengikutnya di medium sosial itu sudah mengetahui stail dan pendekatan gurauan yang sering digunakannya.

“Saya bukan mahu mempermainkannya sesiapa dengan kemas kini maklumat itu. Para peminat yang biasa berinteraksi di Twitter dengan saya akan faham ia hanyalah gurauan semata-mata.


“Kalau hendak tahu, saya sering bergurau perkara-perkara yang mengarut, sekadar untuk bergurau dengan peminat. Ini juga sebahagian daripada gimik untuk program kelolaan saya Betul ke Bohong yang sedang disiarkan pada setiap Isnin di Astro Warna,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, pengerusi jaringan sosial Malaysia, mface ini mengakui dia kembali aktif dalam bidang pengacaraan ekoran permintaan daripada stesen televisyen akhir-akhir ini.

“Saya semakin sibuk dengan komitmen pengacaraan beberapa program televisyen kebelakangan. Alhamdulillah, permintaan untuk saya menjadi pengacara bertambah dan kebetulan juga saya mengikat kontrak sebagai wajah eksklusif Astro.

“Selain itu, laman mface juga semakin berkembang dan kini sudah mencecah lebih 500,000 pendaftar. Insya-Allah, kami akan melancarkan ia di China, Thailand dan Indonesia pula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya yang tidak lagi mengambil sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.

Loading...

2 ulasan:

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.