Loading...
Saya tak kecil hati dengan cop yang diberikan oleh orang Kuala Lumpur kepada orang Terengganu. Memang pun orang Terengganu bodoh. Ada benarnya hujah itu. boleh diterima hujah pakai. Ada lojiknya.
Setekat hari ini berapa orang saja ahli parlimen dari Terengganu di lantik sebagai menteri penuh.Itu pun semacam terpaksa dan dipaksa. Yang tahan lama tak salah ingat saya Dr Yusof Noor dan Datuk Manan Othman. Dr Abdullah Mat Zain tak tahan lama.Akhir sekali layak jadi pegawai agama bagi pejabat perdana menteri.
Datuk Ahmad Syaberi Chek mungkin akan cipta rekod, tetapi dengar kata sudah tak layak menjadi menteri belia,kerana tak ada apa yang dia buat untuk memperkasakan belia di Negara ini. Tidak lebih daripada itu hanya sekadar main sukan yang tak ada nilai ekonomi masa depan belia.
Pada PRU 12 bukan sikit ahli parlimen Terengganu, Cuma seorang saja yang dilantik sebagai menteri. Itu pun hanya ihsan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Datuk Seri Idris Jusoh yang dikatakan cerdik hanya ;layak jadi pengerusi MARA lubok buat duit supaya boleh jadi lebih kayaraya.
Manakala yang lain lagi ternasuk Datuk Nasir Ibrahim mengigau ekor untuk dilantik sebagai menteri.Timbalan menteri pun tak layak ada hati nak jadi menteri. Menteri Besar Terengganu bolehlah, macam Dtuk Ahmad said, dah tiada orang lain lagi, Macam mana nak lantik, sedangkan mereka itu bodoh belaka dan tak layak menjawat jawatan menteri Kabinet.
Jadi ahli parlimen tiada apa yang dilakukan.Sedangkan Negeri Terengganu perlu membangun sesuai dengan gelaran negari kaya rakyat miskin. Kita tengok hospital. sehingga hari ini hanya satu saja hospital yang dibina iaitu hospital Setiu yang ada wad tetapi hanya tiga orang doctor saja setakat hari.
Bagaimana dengan hospital Besut, Hospital Dungun, Hospital kemaman dan hospital Hulu Terengganu. Sehingga hari ini hospital tersebut bertaraf kelinik tidak lebih daripada itu.Bangunannya masih bangunan bekas tinggalan penjajah.
Sepatutnya Kuala Nerus perlu ada hospital, Marang juga demikian, kerana Hospital Kuala Terengganu sekarang ini penuh sesak tak dapat menampung pesakit yang semakin hari semakin bertambah ramai.
Jika Komplek sukan boleh dibina dengan kos ratusan juta mustahil hospital yang serba lengkap tidak boleh dibina oleh kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat agar ia sesuai dengan slogan rakyat didahulukan.
"
ditulis Oleh: anaabdullah
p/s...akak terjumpa artikel ni...bila baca nak gelak pun ada...
rasanya macam ada juga betulnya...
namun jangan pula lupa...Terengganu adalah negeri yang setiap tahun adalah sebuah negeri yang sentiasa mendahului mana2 negeri dalam SPM,PMR mahupun UPSR...jadi tak betullah orang Terengganu dikatakan bodo...tak gitu?
opssss....akak orang Terengganu gak tau..
11 Ulasan
ganu negeri ambe nie...
BalasPadamhaha..negeri ambe gop
BalasPadamsy pom org ganu..akak..fllow sy..sy fllow akak gak
BalasPadamayt paling biasa dngr, negeri kaya rakyat miskin tu la...
BalasPadamada something wrong la tu. setiap negeri pun ada isu masing2...yg kena tanggung rakyat biasa mcm kita ni la...
org umah teganu skrng ni pun banyak yang kaya..cuba tgk rumah orng teganu...besau2...rumah batu lagi
Padamhmm...kwn masa sy universiti dulu terkejut bila sy cakap org trg ramai jer jd doktor, jurutera n professional lain... die kata 'bukan terengganu org miskin ke? kerja nelayan...'
BalasPadampersepsi org luar pd org terengganu...
hhuurrmm..ada ent3 ttg tu
PadamTak betul langsung statement tu.. Yg tulis tu bodoh..agak2 la wei..
BalasPadamKat terengganu yang budak2 'pandai' tu bukan apa... Sbb diorang punya trial sebijik dengan real exam (UPSR, PMR, SPM). Banyak cikgu kat trgnu jadi penggubal soalan... Jadi, x heran lah diorang semua pandai2... Haha... Bila masuk u, baru nampak the real trgnu... Haha...
BalasPadamlagi satu...kebanyakkan guru2 di Trg adalah anak jati Trg sendiri,wajar kalau jiwa raga sepenuhnya diberi untuk menaikkan anak bangsa negeri sendiri
Padamambe sayang ganu jom follow ambe http://lukmanganu.blogspot.com/
BalasPadamjerit kat sini