Lelaki Misteri Dan Cerita Disebalik Tragedi Kereta Terbang Di Mersing

Lelaki Misteri Dan Cerita Disebalik Tragedi Kereta Terbang Di Mersing

Loading...
Sehari dua ni kecoh mengenai foto sebuah kereta yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini

Lokasi kemalangan ini katanya di Felda Nitar, Mersing, Johor.

Yang pelik tu, macam manalah kereta Vios tu boleh ‘terbang’ sampai macam tu sekali?

Mungkin kakak baju kurung warna hijau tu boleh cerita hehehehe

Atau mungkinkah anda ada maklumat yang nak dikongsikan mengenai kemalangan ini?

Apalagi, jomlah kongsi!

Ok..Disini akak kongsikan cerita pasal jalan maut ni...
bukan citer pasal keter ni...ni citer pasal jalan tempat kejadian ni..



Akak mmg tinggal di Mersing,suami akak seorang guru...
Masa tu..suami akak baru ditukarkan ke SK Felda Nitar 1,Mersing..
Baru je..lebih kurang setahun yang lepas...

suami akak kesekolah selalunya naik motor jer..sbb??
Katanya bila naik keter..time tghari waktu balik skolah..mmg dia selalu ngantuk..
jadi bila naik motor...kurang sket ngantuknya..
maklum je..bila tghari buta...jalannya mmg sunyi sepi..kiri kanan dipenuhi dgn hutan kelapa sawit...
Kenderaan pun jarang2 sekali yang lalu lalang

Jalan ni..selalu sangat berlakunya eksiden yang menyebabkan kemalangan maut...
Jadi nak tanya siapa?..sbb yang terlibat selalunya maut ditempat kejadian..

Ok..pendekan citer..
Baru beberapa minggu suami akak berulang alik dari rumah ke Felda Nitar...
tak de la lama mana sangat pun
selalunya dalam 40 min sampailah...

Pada hari kejadian tu..
suami akak berada dalam opis..
macam biasa pasu bunga kecil mmg sentiasa berada diatas meja..,
masa tu dah tiba waktu balik makan,suami akak menoleh sekejap kebelakang...mencari sesuatu di laci meja..

Bila dia menoleh kembali ke meja asal..baru dia perasan...pasu atas meja dia tiba2 tak de...
jangan kan dia,akak pun rasa pelik..
sbb 2,3 kali pasu kecil tu berubah tempat
lagi la  pelik..

sedangkan semua staff dah balik
tiba2 dia terpandang pasu tu terletak atas almari buku..pelik..
besoknya pasu tu berubah lagi kedudukannya

Pearsaan dia pun dah lain macam jer..
seram sejuk..

1.30 petang:

Hujan gerimis...hari panas..
Jalanraya lengang..sunyi sepi..
sebuah kenderaan pun tak de..
Hati terasa tak sedap...namun..diredahnya juga perjalanan pulang dgn menaiki motorsikal.

Jalan Nitar-Mersing

Sampai ditempat keter vios tu terbang...tetiba...ada sebuah motosikal scrambler mengekori rapat dibelakangnya..

Siapa??Rapat sungguh ..

sayangnya lelaki yang menunggangnya memakai helmet bertutup,bersarung tangan dan berjaket..Wajahnya langsung tak nampak..
Lelaki itu mengekori rapat..makin rapat dan rapat..
namun memotong motorsikal yang dinaiki suami akak tidak sekali-kali
Yang lebih pelik..
enjin motorsikal dari lelaki misteri itu langsung tidak kedengaran..


Seketika..Suami akak..menoleh ..namun...sunyi sepi..
Kelibat seorang manusia pun tak de..hanya pokok sawit dikiri kanan jalan...


Besoknnya kejadian yang sama berulang,juga ditempat yang sama...

hari ke 3:

ditempat sama...suami akak melihat kelibat seorang lelaki bertenggek di batu tanda tepi jalan..merenung tajam memandangnya...lama dia merenung tanpa berkelip

Motorsikal diberhentikan..suami akak menoleh kebelakang,namun..kelibat seorang manusia pun tak kelihatan...hanya hutan dikiri kanan jalan...
sunyi..dan suram suasana jalan ketika itu

Jadi siapa??
Kenapa lelaki itu mengekori dgn rapat sekali...macam nak ajak berlumba lagaknya...
namun sekelip mata saja lelaki itu tiba-tiba ghaib??

Disitu juga tempatnya kawan akak meninggal krn kereta yang dipandunya terbabas...adakah penyebabnya lelaki misteri itu juga?
atau ianya suatu kebetulan??

Wallahuallam...


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. aduh... bce cerita ni malam2 seram plak...

    BalasPadam
  2. pasal misteri tu..mesti ramai yang berebut2 kui..kui..kui..

    BalasPadam
  3. Assalam, misteri.. misteri... dahsyat juga kereta tu boleh terbang erk...

    BalasPadam
  4. @profmie tgh bayangkan mcm mana kereta boleh naik camtu

    BalasPadam
  5. hmmm...x pelik la cerita ni boleh jadi hot lps ni sebab ramai org mmg tertanya2 kenapa vios tu ada kat situ...

    kalau ada penjelasan drpd tuan badan lg best :)

    BalasPadam
  6. @APAN
    betul tu,akak pun tertanya2..siapa tuan badan keter vios ni..nak tahu gak apa citer dan bgman vios tu kat at6as tu

    BalasPadam
  7. Mungkin jgk de benda2 pelik kat situ..sy pernah lalu jgk jln2 nak kw Mersing nie nampak la jgk benda pelik nie..

    BalasPadam
  8. Uish! seramnye!
    Pernah jugak lalu sini masa pergi mersing aritu..
    Alhamdulillah, xde pape..
    Tapi jalan ni memang sunyi

    BalasPadam
  9. @khairul
    kalo ikutkan citer2 orang lama,tempat ni tempat perkampungan bunian..ye ke tak walllhuallam

    BalasPadam
  10. rasa seram pula :/

    dah follow akak :) http://yayacaramel.blogspot.com

    BalasPadam
  11. uih , biar betul . takutnye . >,<

    BalasPadam
  12. @AFINA
    kejadian ni mmg betul2 kejadian ,baru2 ni berlaglaku lagi kemalangan maut ditmpt yg sama..
    kejadian berlaku waktu hampir maghrib,kebetulan akak berada dihospital...jenazah masih di wad ICU Mersing waktu tu

    BalasPadam
  13. @miz nurulz
    biasanya kalau lalu are ni tgh2 malam,akak selalu pasang CD ayat2 Al quran terutama surah Yassin...laluan kiri kanan mmg gelap gelita

    BalasPadam
  14. MINTAK MAAF SAYA CAKAP . ALHAMDULLILAH . START DARI FELDA NITAR TU BUKAK SAMPAI LAH SEKARANG . DAN START DARI AYAH SAYA BAWAK MOTOR YAMAHA 88 SAMPAI LAH DAH TAK UJUD MOTO TU ZAMAN SEKRANG . TAK DA PON SAYA DENGAR CERITA MESTERI . YANG SAYA TAHU JALAN TU MEMANG SELEKOH TAJAM.. SEBAB ORANG YANG LALU LALANG KAT SITU LAJU SEMCAM JE... DAN KERETA NIE BUKAN TERBANG . DIE TERBABAS NAIK ATAS BUKIT . DAN KERETA TU TERSELAMAT SEBAB TERSANGKUT KAT ATAS BATU TU . ADA KESAN TAYAR KETA TU LAGI DAN JALAN NIE TAK SUNYI MANA PUN... MEMANG LAH KIRI KANAN KELAPA SAWIT .. STANDARD LAH .. NAMA PON FELDA... ADE KE MASUK FELDA KAN . SO THINK POSITIF DAN JANGAN BUAT CONCLUSION SENDIRI :))DARI MULA FELDA TU BUKAK SAMAPI SEKRANG SAYA STILL LALU JALAN NIE . BETUL KAN NIAT DAN JANGAN TERLAMPAU BERILUSI :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..bukan semua orng terpilih mengalami keadaan sedemikian..hanya yang tertentu sahaja,sejak suami akak pengsan dikubur masa belajar di Sabah dulu,sampai sekarang suami akak dapat merasai kehadiran entiti yang tidak dapat dilihat dgn mata kasar..nanti la..senang2 akak cerita

      Padam
    2. Kakak ni bukan berilusi, tak kan lah dia saja2 nak buat cerita bohong.. jin dan syaitan memang wujud, dan kerjanya mmg untuk menganggu manusia.. siapa yang tak pernah mengalaminya mmglah cakap berilusi..

      Padam
    3. betul abg Waazin..suami saya mengalami masaalah ini saya turut sama merasai tempiasnya,mulanya x nak percaya,tapi bila keadaan tu saya lihat dgn mata kepala sendiri baru saya tahu sedikit sebanyak kebenarannya

      Padam

jerit kat sini