Cantik Sangatkah Bra Ni,Sampai Macam Ni Sekali Mamat Nih

Cantik Sangatkah Bra Ni,Sampai Macam Ni Sekali Mamat Nih

Loading...

Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan di atas dunia ini.

Semuanya bergantung kepada kewarasan akal dan fikiran untuk menerajui pemikiran otak kita.

Seperti dalam video yang dijumpai di laman You Tube, berjudul ‘Syurga bra (Bra heaven)’, ya, memang sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan.

Tetapi, sekiranya seseorang manusia itu mempunyai akal yang waras, mungkin tidak tergamak untuk memalukan diri sendiri di tempat orang di khalayak ramai.

Dalam video ini, seorang remaja lelaki telah melakukan ‘aksi’ yang agak memalukan dan mengejutkan pengunjung-pengunjung di sebuah kedai bra.

Apa yang dilakukan?

Dia dengan secara tiba-tiba telah masuk ke sebuah kedai yang menjual bra dan telah melakukan tindakan yang seperti orang kena sampuk hantu!

Obses kepada bra sambil menjerit keriangan dan ‘mencium’, ‘menggomol’ bra-bra yang ada.

Pekerja-pekerja yang berada di dalam kedai itu terpinga-pinga termasuklah pengunjung kedai itu.

Tindakan remaja lelaki itu dapat diagak sudah dirancang kerana terdapat seorang lelaki lain yang merakam perlakuannya.

Sekarang ini, jumlah penonton video itu sudah semakin meningkat mencecah sehingga ke angka 20,000 lebih sejak video itu dimuat naik pada 13 Julai lalu.

mynewshub Oleh: NAIMAH SHAARI

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini