Bulan Puasa Ni Cubalah ‘Bubur Lambuk’ Justin Beiber.

Bulan Puasa Ni Cubalah ‘Bubur Lambuk’ Justin Beiber.

Loading...

Kemunculan penyanyi dari negara luar, Justin Bieber dan kekasihnya, Selena Gomez di beberapa lokasi sekitar bandar Kuala Lumpur bukan sahaja mengundang kegembiraan di hati peminat-peminatnya yang berada di Malaysia.

Malah, persembahan Justin di konsert MTV World Stage minggu lalu benar-benar menerima sambutan luar biasa dari peminat Malaysianya.

Hinggakan konsert antara penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan Sammy Yusof juga terpaksa dibatal di saat-saat akhir kerana tidak mendapat sambutan seperti konsert Justin.

Nampaknya, gelombang, Justin Bieber ke Malaysia tidak akan berhenti sehingga munculnya bulan Ramadhan nanti.

Di laman Facebook ketika ini, tersebar sekeping gambar mengenai Justin.

Gambar itu bukanlah gambar-gambar Justin sewaktu dia mengadakan konsertnya.

Tetapi, gambar yang menggunakan nama Justin sebagai hidangan utama dalam jualan makanan di pasar kalau tidak silap.

Apa dia?

“Justin Bubur” Beraneka Bubur.
tidaklah pula ketahui di mana lokasi jualan bubur khas ‘Justin Bubur’ itu.

Yang pasti, mungkin bubur ini menjadi jualan terlaris sepanjang bulan Ramadhan nanti?

Hebat betul strategi pemasaran penjual bubur ini!

Oleh: NAIMAH SHAARI

Catat Ulasan

0 Ulasan