Bayi Batu Dilahirkan.Lihat!

Bayi Batu Dilahirkan.Lihat!

Loading...
Zahra Aboutalib, dari Maghribi, melahirkan anaknya yang dikandung selama hampir setengah abad. Cerita yang mengejutkan ini bermula pada tahun 1955 apabila Zahra mula sakit hendak bersalin. Beliau dikejarkan ke hospital, tetapi selepas melihat seorang wanita mati di atas meja pembedahan semasa Caesarean section dilakukan ke atasnya, Zahra melarikan diri kembali ke kampung kecilnya di luar Casablanca. Selepas sakitnya hilang dan bayi berhenti menendang, Zahra menganggap bayinya itu sebagai “sleeping baby”.

“Sleeping babies” mengikut kepercayaan orang-orang Maghribi, ialah bayi yang boleh hidup di dalam rahim seorang wanita demi menjaga maruah si ibu.
Zahra Aboutalib

Apabila Zahra menjangkau umur 75 tahun, beliau mengalami kesakitan yang amat sangat sekali lagi. Doktor melakukan ujian ultrasound dan mendapati bahawa "Sleeping baby" nya itu sebenarnya adalah kandungan luar rahim (ectopic pregnancy). Apa yang lebih menakjubkan ialah bagaimana Zahra boleh terselamat sehingga itu dan bagaimana janin yang telah mati itu diterima oleh badannya sendiri seperti organ lain.


stone baby

Secara amnya, ini tidak boleh berlaku. Janin yang sedang membesar di tempat tidak sepatutnya, boleh membebankan dan memecahkan organ yang meliputinya dimana ibu hanya mempunyai peluang yang tipis untuk hidup ketika itu.Ini tidak berlaku kepaa Zahra.

Selepas hampir lima jam, pakar bedah berjaya mengeluarkan bayinya yang sudah mengeras seperti batu itu.

Bayi batu, Lithopedions, adalah suatu fenomena perubatan yang amat jarang berlaku. Menurut Journal of Royal Society of Medicine, hanya 290 kes bayi batu telah didokumenkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan