Wow!!Tuan Puteri Berbelanja Giler-giler...

Wow!!Tuan Puteri Berbelanja Giler-giler...

Loading...

Bil hotel Puteri Saudi RM25 juta

                        
HOTEL Shangri-La yang menjadi tempat penginapan Maha sejak Disember tahun lalu. Gambar kecil, Maha seorang yang boros berbelanja.

PARIS: Sekiranya anda cuba mengelak untuk membayar bil hotel sebanyak 5 juta pound (RM25 juta), anda mungkin perlu menyusup keluar melalui pintu belakang dan berjalan keluar dengan senyap dengan beg di tangan.

Bagaimanapun, apabila seorang puteri dari Arab Saudi cuba melakukannya di sebuah hotel lima bintang di bandar raya ini, kelakuannya mudah disedari dengan rombongan 60 barisan pembantu dan timbunan bagasi. Tindakan Puteri Maha Al-Sudairi dan rombongan pengiringnya serta-merta dikesan oleh kakitangan hotel ketika keluar dari hotel eksklusif Shangri-La kira-kira jam 3.30 pagi Jumaat lalu.


Mereka menghubungi polis dan bekas isteri Putera Mahkota Arab Saudi itu yang juga Timbalan Perdana Menteri Putera Nayef bin Abdulaziz pewaris kedua Raja Saudi ditahan ketika bagasinya dimuatkan dalam beberapa limosin.

Kebanyakan pesalah sepertinya mungkin sudah ditahan serta-merta, didakwa dan juga direman di penjara.


Namun disebabkan puteri itu dilindungi oleh imuniti diplomatik, polis tidak dapat menahan atau malah mendakwanya melakukan kesalahan.


Sebaliknya, pihak berkuasa Perancis hanya dapat menghubungi Kedutaan Saudi dalam usaha memperoleh bantuan.

Sementara itu, puteri terbabit dan segerombolan pembantunya ditawarkan perlindungan daripada masalah itu di sebuah hotel mewah lain, Royal Monceau berhampiran Champs-Elysees.


Hotel lima bintang itu dimiliki seorang “rakan keluarga”, pemerintah Qatar yang menawarkan tempat perlindungan untuknya sementara perkara itu diselesaikan. Maha tiba di Paris bersama rombongan pengiringnya pada 23 Disember tahun lalu dan menempah keseluruhan tingkat 41 Hotel Shangri-La.

Sebelum itu, dia dikurung di sebuah istana di negara timur tengah oleh pemimpin Saudi, Raja Abdullah selepas meninggalkan sejumlah bil tidak berbayar di beberapa kedai mewah di seluruh Eropah, termasuk Dior, kedai barang kemas Chaumet dan Victoria Casal, serta sekurang-kurangnya sebuah hotel lain.


Dia berulang kali mengelak tuntutan bayaran daripada pihak hotel untuk bil penganjuran partinya, lapor akhbar Le Parisien.


Isu itu akhirnya sampai ke penghujungnya minggu lalu apabila polis menemui dia dan pembantunya cuba meninggalkan hotel berkenaan. Ini bukan kali pertama keluarga diraja mendapati dia terjebak dengan masalah.


Sikap boros berbelanja diamalkannya sudah diketahui di seluruh dunia.


Pada Jun 2009, Maha menuntut imuniti diplomatik di Perancis selepas tidak menjelaskan bil membeli-belah sebanyak 15 juta pound (RM75 juta), termasuk 60,000 pound (RM300,000) untuk pakaian dalam saja. - DM

Catat Ulasan

0 Ulasan