Loading...
Angkasawan negara pertama, Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr. Harlina telah mengajar puteri sulung mereka, Sophea Isabella atau Bella untuk berenang walaupun anak kecil mereka itu belum lagi menjangkau usia setahun.
Umum mengetahui, Harlina telah melahirkan Bella pada 21 Julai tahun lalu melalui proses ‘water-birth’ atau pun kaedah melahirkan bayi dalam air.
Nampaknya, Bella dan air sememangnya tidak dapat dipisahkan!
Video Bella yang sedang belajar berenang yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar sendiri di laman You Tube sejak bulan lalu mendapat kunjungan penonton sebanyak 175,395.
Eloklah Sheikh Muszaphar dan isterinya sudah membiasakan Bella dengan air kerana belajar berenang itu adalah salah satu sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah S.A.W.
Semoga cara serta didikan Sheikh Muszaphar dan Harlina dapat memberikan inspirasi kepada ibu bapa yang lain.
Oleh: NAIMAH SHAARI
eeeee...comelnya
1 Ulasan
Bagaimana yee nak ajar baby macam tu... seram pulak. Tp baby tu macam pelampung pulak kan... ni yg nak try ni... ini baby pompuan, baby laki lagi ok kot.. huhuhhu.
BalasPadamAde rezeki nak try jugee..
Article:Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook! Kenapa? | Nur Diana's Collections
jerit kat sini