Loading...
Lokasi berlaku kejadian pelajar diserang histeria.
POKOK SENA – Suasana di sebuah sekolah menengah di sini semalam kecoh apabila 22 pelajar perempuan diserang histeria.
Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin.
Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.
“Dia jatuh di sebelah pondok pengawal,” katanya.
Selang beberapa minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang berada di kantin tiba-tiba turut meracau.
Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah.
Ia dikatakan melibatkan 22 pelajar kesemuanya.
“Keadaan kelam kabut itu berlarutan sehingga jam 1.30 petang,” katanya.
Menurutnya, dalam situasi kelam kabut itu, dia sendiri terdengar seorang daripada mangsa yang meracau menyebut “nak pi (pergi) kat adik” yang dirujuk kepada pelajar yang mula-mula diserang histeria di sebelah pondok pengawal.
“Walhal mereka bukan adik-beradik dan tidak ada apa-apa hubungan pun,” katanya. Menurutnya, daripada cakap- cakap yang didengar, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus yang marah apabila tempat mereka yang kononnya dikatakan terletak dalam kawasan sekolah itu diceroboh.
“Petang kelmarin (sehari sebelum), ada kawan yang mendakwa melihat satu lembaga tidak dikenali memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang.
“Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa,” katanya.
Muhammad Nabil berkata, kejadian yang melibatkan pelajar lelaki itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja.
“Tidak sangka pula ia akan jadi macam ini hari ini,” katanya.
Difahamkan, itu kejadian yang seumpamanya berlaku sejak sekolah itu dibuka pada 14 Jun 2010.
Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Kamariah Abd Ghani, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan turut melihat 20 pelajar diserang histeria dalam kawasan sekolah manakala dua lagi di luar pintu pagar sekolah.
“Semua pelajar berkenaan terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, manakala seorang pelajar tingkatan tiga turut dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana terlalu lemah manakala mangsa lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.
p/s kejadian ini mengingatkan saya pada satu kejadian seorang kenalan yang selalu mengalami sakit bahu dan belakang...hingga pada suatu hari kenalan saya dan seorang lagi kenalan telah pergi kerumah seorang ustaz..
baru je sampai kat tangga umah..ustaz tu tanya...
'awak kendong siapa atas bahu awak'
kenalan saya yang kehairanan terus berkata,dia tak bawak siapa-siapa pun,namun ustaz tu kata..
dia nampak yang dikendong kenalan saya tu adalah seorang lelaki tua yang dikira sudah bongkok sabut?
Siapa lelaki tua itu??Hantukah??...atau sakakah??

5 Ulasan
Askm. Jalan2 jumpa blog ni. Menarik bila baca.
BalasPadammenakutkan la..
BalasPadam@Ummi Iman
BalasPadamterimakasih....jenguk2lah selalu akak disini
@eiqa azra
BalasPadamiblis/syaitan sentiasa berusaha menyesatkan manusia
gambar tu ada kaitan ke???
BalasPadamjerit kat sini