Header Ads

Kerana PTPTN,Ada rancang berhenti, ada pindah IPT!Dengar Luahan Mereka!

loading...
Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor menyebabkan beberapa pelajar merancang dan terpaksa berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman.

Tindakan itu juga menyebabkan pelajar baru di universiti tersebut terbeban dan terpaksa bergantung dengan keluarga untuk mendapatkan wang.

Seorang pelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan apabila tidak mendapat bantuan kewangan.

Pelajar yang berasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu itu juga melahirkan rasa kesal dan bercadang untuk pindah ke institusi pengajian tinggi lain sekiranya masih tidak mendapat pinjaman PTPTN.

"Ada dua tiga orang kawan saya yang dah pindah belajar tempat lain sebab tak dapat PTPTN. Sekarang ni pun ada kawan-kawan lain rancang nak tukar juga.

"Macam saya pun bukan daripada keluarga senang. Saya ada tujuh orang adik beradik. Bila tak dapat PTPTN ni saya bimbanglah. Saya pun ada fikir nak pindah tempat lain kalau masih tak dapat pinjaman," kata Edy, 18, ketika ditemui Malaysiakini semalam.

'Rasa memang susah'

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Unisel.

Pembekuan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Selain itu,menurut seorang pelajar semester pertama Fakulti Komunikasi dan media yang mahu dikenali sebagai bob, ketika mula memasuki Unisel, mereka ada diberi taklimat mengenai prosedur memohon PTPTN.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan anak kepada pekerja penyelenggaraan berkata, sehingga hari ini, beliau mendengar khabar bahawa pihak Unisel tidak tahu kenapa pinjaman mereka dibekukan.

"Rasa memang susah kalau tak dapat PTPTN. Rasa macam nak berhenti belajar pun ada.

"Kami diberitahu bahawa pihak atas tak tahu kenapa dibekukan pinjaman. Saya juga difahamkan pihak Unisel juga sekarang sedang berbincang dengan PTPTN. Apa pun, saya nak tunggu apa keputusan sebelum lihat pilihan lain," kata bob, 18, yang berasal dari Johor.

Bob turut merayu kepada pihak PTPTN agar memberikan pinjaman kepada pelajar baru yang dibekukan pinjaman.

'Saya dengan sebab politik'

"Saya harap PTPTN bagi je pada kita. Memang rasa susah. Tugasan semua gunakan duit. Banyak pelajar sini sewa rumah, ada yang sampai saya dengar cerita cari kerja (sambilan)," katanya lagi.

Sementara itu, bagi Aqila, 18, yang berasal daripada Rawang pula mendapat khabar bahawa pembekuan pinjaman adalah disebabkan politik.

Anak sulung dari tiga beradik ini berkata lagi, dengan kehidupannya yang tidak mewah, beliau amat memerlukan wang daripada pinjaman PTPTN.

"Saya memang perlukannya untuk biaya pelajaran saya. Sebelum tak macam ni (beku pinjaman). Saya dengar semua ni sebab politik.

"Yuran nak kata murah pun tak boleh. Keluarga saya tak kaya sangat. Duit belanja pun tak banyak, tak cukup. Saya harap PTPTN tak jadi bekukan (pinjaman)," kata pelajar semester pertama Fakulti Seni dan Rekaan itu lagi.

Seorang pelajar daripada Fakulti Komunikasi dan media, Kabil,19, berkata beliau memerlukan wang daripada pinjaman PTPTN untuk membayar yuran pengajian.

Katanya lagi, beliau bersama rakan lain amat terkejut dengan tindakan PTPTN yang membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel.

"Kami semua terkejut. Dalam kelas pun dah tak tumpu perhatian bila semua cakap mengenai PTPTN... Jika tak ada duit daripada PTPTN, kami terpaksa berhenti belajar.

"Ada juga senior yang kata suruh sabar dan kata jangan bimbang dan semuanya akan baik seperti biasa... Tapi tak ada duit bagaimana nak sambung belajar.

"Dalam keluarga bapa saya seorang sahaja yang mencari nafkah dan dia bakal bersara tak lama lagi," kata Kabil yang merupakan anak bongsu kepada seorang kakitangan TNB.
Loading...

2 ulasan:

  1. PROJEK LANGSAI HUTANG PTPTN

    Anda seorang pelajar? bingung dgn hutang PTPTN? adakah anda yakin habis bljr dpt kerja? klau xda kerja, bgaimana dgn hutang PTPTN?
    jangan risau.. KELAB JUTAWAN ada penyeleaiannya. anda mampu melunaskan pinjaman anda dlm masa 6 bln. sekurang2nya habis bljr hutang tiada.bagaimana?
    klik link ini untuk maklumat lanjut http://goo.gl/VoiUEF

    BalasPadam
  2. PROJEK LANGSAI HUTANG PTPTN

    Anda seorang pelajar? bingung dgn hutang PTPTN? adakah anda yakin habis bljr dpt kerja? klau xda kerja, bgaimana dgn hutang PTPTN?
    jangan risau.. KELAB JUTAWAN ada penyeleaiannya. anda mampu melunaskan pinjaman anda dlm masa 6 bln. sekurang2nya habis bljr hutang tiada.bagaimana?
    klik link ini untuk maklumat lanjut http://goo.gl/VoiUEF

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.