Kekasih Jimmy Dukung Anak Jimmy??

Kekasih Jimmy Dukung Anak Jimmy??

Loading...
                            

KUALA LUMPUR, 5 JUN 2012: Pengacara, Jimmy Shanely akui tidak tahu menahu mengenai foto seorang wanita yang didakwa kekasihnya sedang mendukung anaknya yang telah tersebar di sebuah blog hiburan semalam.

Malah Jimmy Shanley berkata adalah sangat tidak berasas jika blog hiburan tersebut mendakwa bahawa wanita dalam foto tersebut merupakan kekasihnya kerana dia sendiri sudah lama tidak bersama anaknya sejak April lalu.

"Jika tidak ada yang bertanya kepada saya, sebenarnya saya pun tidak tahu mengenai perkara ini.

"Tetapi jika betul blog itu mendakwa sayalah selebriti yang dimaksudkan, sudah tentu tidak berasas sekali kerana saya sudah lebih sebulan tidak berjumpa dengan anak.

"Mungkin juga wanita itu kawan kepada isteri saya,"jelasnya selepas dihubungi oleh portal murai.com.my

Menurut blog tersebut, selebriti yang dimaksudkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang bersama anaknya yang dipaparkan dalam foto tersebut

Jimmy Shanley memberitahu, puteri sulungnya yang bernama Zharah Shanley, 1, kini bersama ibunya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Kali terakhir Jimmy berpeluang berjumpa dengan anaknya adalah ketika menjalani penggambaran bersama dalam rancangan Siapa Di Rumah pada penghujung April lalu.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai foto yang tersebar itu, Jimmy berkata dia kini lebih sibuk menghadiri kelas sebagai pelajar jurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

"Saya kini pelajar sepenuh masa UiTM , jadi masa banyak dihabiskan untuk menghadiri kuliah pada hampir setiap hari dalam seminggu," katanya.

Walaupun bergelar suami yang hanya pada status sahaja, Jimmy berkata dia tidak tertekan dan tidak pernah rasa terbatas dengan kehidupannya , malah menjalaninya seperti sebelum ini.

"Kes saya dan isteri masih dalam perbicaraan dan kami masing-masing sedang menunggu apa keputusan mahkamah.

"Sungguh pun begitu, saya masih menjalani kehidupan seperti biasa. Saya akui punya ramai kawan tidak kira lelaki atau wanita.

"Cuma ianya masih sama seperti kehidupan saya dahulu kerana saya dari dahulu memang lebih suka duduk di rumah.

"Jadi ianya sedikit pun tidak menjadi masalah untuk saya," tambahnya lagi.

Jimmy dan isteri bakal ke mahkamah untuk mendengar keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan anaknya.

Catat Ulasan

0 Ulasan