Ini Caranya Replika Baju Nabi Adam Dijahit!Lihat!

Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam AS Seorang pemuda Saudi Hamdan al Mas'udiy melakukan sebuah projek pembuatan baju Bapa kita, Nabi Adam 'Alaihissalam.

Idea itu muncul setelah membaca sirah Nabi Adam 'Alaihisalam ..

Lalu dia melakukan projek tersebut berdasarkan apa yang disebutkan dalam sirah dan hadis-hadis Nabi yang menjelaskan bahawa tingginya Nabi Adam adalah 60 hasta ((1 Kaki = 30 cm, 1 hasta = 1.5 kaki, jadi 60 hasta = 90 kaki = 30 meter). maka dia pun ingin membuat baju dengan ukuran bapa kita Adam agar manusia boleh mengetahui ukuran Nabi Adam yang sebenarnya. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu, dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah menciptakan Adam dan tingginya 60 dzira' (hasta).

Kemudian Allah berfirman kepada Adam: 'Pergilah, ucapkan salam kepada mereka para malaikat. Lalu dengarlah salam mereka kepadamu, sebagai salammu dan salam keturunanmu! 'Maka Adam berkata:' Assalamu'alaikum. 'Malaikat-malaikat Allah menjawab:' Assalaamu'alaika warahmatullah '-mereka menambahnya dengan' warahmatullah '.

Maka semua orang yang masuk jannah (tinggi badannya) seperti Adam. Dan manusia terus menerus berkurang (ketinggiannya) hingga saat ini. "[Hadits shahih muttafaqun 'alaihi]


Berikut ini butiran penjahitan baju tersebut:

Lamanya penjahitan baju itu adalah 18 hari.

Adapun jumlah gulungan kain yang digunakan dalam penjahitan pakaian itu adalah 40 gulungan dan 30 ribu gulungan benang.

Adapun panjang pakaian itu seperti berikut ini:
 Panjang pakaian: 29 m Lebar antara dua pundak 9 m, lebar dan bawah adalah 12 m Panjang lengan 10 m, lingkar leher 6 m - kerahnya (dia lingkar leher) 2 m.

Pemiliki idea ini dibantu oleh 4 orang tukang jahit. Pakaian itu diletakkan di salah satu lapangan di depan pintu gol agar orang-orang yang melihat boleh membayangkan bagaimana tubuh bapa kita Adam Alaihi salam.



Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!