Gambar 'Pengguguran Secara Paksa' yang Menggemparkan China

China – Beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang ibu muda terbaring di katil hospital bersama bayinya yang berlumuran darah selepas wanita itu dipaksa melakukan pengguguran ketika mengandung tujuh bulan, telah mencetuskan kemarahan penduduk di negara yang mengamalkan dasar satu anak satu keluarga itu.

Wanita itu, Feng Jianmei memberitahu media tempatan bahawa dia telah disuntik dengan bahan kimia untuk memaksa kandungan itu digugurkan, namun selepas 36 jam, bayi berkenaan masih belum dapat dikeluarkan.

Keadaan itu berlaku selepas Feng, yang telah mempunyai seorang anak, didenda membayar sebanyak £4,000 oleh pihak berkuasa tempatan kerana mengandung kali kedua.

Memandangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayar denda itu, maka satu pasukan daripada unit perancang keluarga telah membawa wanita itu ke hospital untuk membolehkan pengguguran dilakukan.

“Saya memaklumkan bahawa saya tidak mempunyai wang kerana ibu mertua saya memerlukan duit untuk rawatan kansernya, dan selepas itu 20 orang kakitangan unit berkenaan telah datang ke rumah saya untuk dibawa ke hospital.

“Saya cuba melawan namun dipukul. Di hospital, saya telah disuntik dengan dos untuk membunuh bayi dalam kandungan. Ketika itu tiada seorang pun anggota keluarga saya yang dibenarkan berada di situ,” katanya.

Dalam pada itu, seorang aktivis yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Chai Ling berkata, kejadian yang menimpa Feng menunjukkan bagaimana polisi satu anak satu keluarga telah menyebabkan keganasan menimpa wanita setiap hari di negara itu.

Aktivis All Girls Allowed itu turut memaklumkan, mereka telah bercakap dengan Feng dan suaminya, Deng Jiyuan selepas kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Perancang Keluarga, Li Yuongjou, menafikan insiden berkenaan sebaliknya memberitahu ‘Feng sendiri yang bersetuju untuk menggugurkan kandungan itu selepas beberapa pihaknya memberikan kesedaran kepada wanita berkenaan mengenai polisi terbabit.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana Feng berjaya merakamkan gambar berkenaan namun aktivis percaya gambar itu adalah tulen.

Ulasan

  1. Iskk2, teruknya negara dorg. Sanggup menidakkan rezeki Allah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!