Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat “WWW 1″.Wow!!

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat “WWW 1″.Wow!!

Loading...
PETALING JAYA – Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1″, dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. baik derma kat rakyat yang miskin... apa lah yang best sangat pasal no. plate ni..

    BalasPadam
  2. wow, sanggup tu berhabis berpuluh2 ribu ringgit utk no. plat..

    BalasPadam
  3. @Udinz.com
    biasalah tu..adat orng kaya..derma2 jugak,joli2 jugak

    BalasPadam
  4. @Mizz ErMa
    ye la..duit banyak..tak tahu nak guna utk apa lagi..

    BalasPadam

jerit kat sini