Loading...
Berapa UMNO Bayar Che Tom?
Banyak reaksi yang diterima daripada kisah luahan hati Che Tom Yahaya, ibu kepada Timbalan Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali seperti mana yang tersiar di blog-blog, akhbar dan televisyen.
Ramai yang memuji pendedahan berani itu, tak kurang juga ramai yang mencaci.
Che Tom mempunyai sejuta alasan kenapa hendak berbuat demikian, begitu Azmin, dia juga mempunyai sejuta alasan untuk menafikan kata-kata ibunya itu.
Lantas di mana kesudahannya?
Apakah wajar kita labelkan Che Tom ‘dibeli’ oleh UMNO atau musuh Azmin?
Kalau dibeli, berapa harganya?
Dan dalam umur yang semakin lanjut, logikkah sekiranya dia ‘layu’ kepada wang ringgit yang ditaburkan sehingga sanggup memburukkan anak sendiri, anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari itu.
Adakah Che Tom terlalu hina hingga meletakkan maruahnya sampai begitu sekali?
Ini yang harus kita fikirkan daripada temubual tersebut.
Cuma sebagai seorang anak, baik Azmin, baik saya dan baik anda semua yang sedang membaca rencana ini, walau dalam apa juga keadaan, walau dalam apa juga situasi, kita tidak boleh derhaka sama sekali dengan mereka.
Di dalam Islam orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan dimasukkan ke dalam neraka.
Firman Allah SWT maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”. (Al Isra’ 23)
Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.
Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:* “Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu:
Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya”. (Riwayat Ad Dailami daripada Umar ra).
Kita dikehendaki berbuat baik kepada kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi ibu selagi mana mereka masih hidup.
Jika Azmin, saya atau anda gagal berbuat baik dan berbakti kepadanya pada masa ia hidup tanpa alasan yang syar’i, maka kita semua layak dinamakan sebagai anak yang derhaka.
Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga selagi tidak mendapat keredaan dari kedua ibubapanya.
Renunglah keadaan orang-orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya pada hari kiamat kelak.
Hari tidak ada sebarang pelindungan kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.
Bagaimana mungkin anak derhaka boleh mendapat perlindungan dari Allah kalau hatinya sendiri penuh kebencian kepada ibunya.
Kita tidak tahu bagaimana kesudahannya polemik antara Che Tom dan Azmin.
Yang pasti, ibu tetap ibu dan anak tetap anak.
Tanggungjawab ibu mendidik anak dengan ilmu agama secukupnya, bagaimana dengan tanggungjawab anak pula?
Mungkin Azmin ada jawabannya.
sumber:mynewshub
P/s tak sabar tunggu jawaban Azmin...tapi sayang..jawabannya tak kena pada tempat...
4 Ulasan
Mohon dipautkan blog kami di blog hebat ini. Blog politik. Blog ini telah dipautkan di blog kami.
BalasPadamhttp://assassincyber.blogspot.com
TQ
terimakasih...begitu juga anda..akak pautkan blog anda disini..:)
BalasPadamCik Tie...beberapa hari ni twitter Azwan Ali asyik marah2 dgn kes Mak Tom. Marah disebabkan emak dia dibawa sama terbabit dlm kes ni.
BalasPadamAkak pun tak faham la...susah sgt ke nak selesaikan mslh ni? Sebagai anak, beralah dgn mereka yg tua. Takde ruginya pun.
@~~zana@pb~~
BalasPadammasaalah ego yang tersangat besar dalam diri anak2..sebagai anak,sepatutnya uacapan maaf buat ibu perlu..bukannya ego membabi buta
jerit kat sini