Loading...
Di bawah ialah kisah penuh yang Abang Nara jumpa di internet untuk tatapan anda.
Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini.
Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Abang Nara pasti ada di antara pembaca BeautifulNara yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh Yatt.
Apa kata kongsikan untuk renungan dan iktibar kita bersama.(Beautifulnara.com)
p/s cerita ini juga menimbulkan keinsafan dalam diri saya
2 Ulasan
alhamdulillah dah d beri petunujk...moga kita juga d beri petunjuk olehNYA...aminnn
BalasPadamaminn
BalasPadamjerit kat sini