Kenapa Mesti Hina Aishwarya Rai?

Kenapa Mesti Hina Aishwarya Rai?

Loading...

MUMBAI, India - Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.

Rasanya ramai yang dah pun baca artikel ni...laku mcm goreng pisang panas..
Bagi saya itu adalah perkara normal bagi manusia normal macam kita semua..
Metabolisma badan seseorang tak sama,ada yang senang kurus,payah nak kurus...berisinya cepat..
Contohnya banyak yang jenis...orang kurus,tapi makannya...masyaallah...macam berhari2 tak makan..
apa saja yang melintas depan mata,semua nak dibedal..
Tapi badan macam tu jugak...macam papan sekeping!!

Satu kategori lagi...orangnya gemuk,montel...tapi makannya sikit...kadang2 satu hari tak jamah nasik pun...tapi susah nak turun berat badannya.,
Ini semua mengaitkan metabolisma badan seseorang..
Wajar kalau seorang ibu naik berat badannya selepas melahirkan...
ramaikan??

Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.

Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.

"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.

Walaupun berisi,manisnya tetap ada...

Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.

Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.

Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.

Langsung tak hairan...ramai yang macam ni...
sepatah kata Mawi....'macam saya'
Tak baik hina orang...dia pun manusia biasa..
ada perasaan...

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. biasa la kan kalo perempuan da lahirkan anak akan jadi gemuk. dia kn kaya.. cpt je tuh ley kurus.. nanti jangan terkjt~ hehe..

    BalasPadam
  2. Berisi tu kan comel...^_^ ramai lg yg gemuk kat luar sana tu, sapa yg hina tu? haha

    BalasPadam
  3. ahha.. biorle die berisi..
    ble brisi., nampaknye.,pakaian pun lebih sopan..hehehh

    BalasPadam
  4. betol2 .. bila dah berisi , pakai pakaian pun dah sopan :)

    BalasPadam
  5. biasa la tu...mcm juma..dulu dia pun mmg xxxl kan pastu sekarang tu dia...mcm asal balik..artis byk duit,anytime jer boleh..

    BalasPadam
  6. skrg pon comel ape....time aje la..

    BalasPadam
  7. terkejut tengok AIS gambar yg mula2 tue......cam tak sangka plak rasa....
    apa2 hal pong tetap comeiii muka dye

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. akak rasalah kan..agaknya dia dah bahagia dgn kehidupan dia...bahagia jadi suri rumah sepenuh masa..
    asalkan dia bahagia...kita yang tengok ni pun suka je

    BalasPadam

jerit kat sini