Kehidupan Gay?Selesakah?

Kehidupan Gay?Selesakah?

Loading...
'Kami golongan profesional'
Haris

SELESA dengan kehidupan gay?

“Apa tidaknya kerana kami bukan menganggu kehidupan orang lain,” luah seorang jejaka gay bernama Haris Aznor (bukan nama sebenar).

Menurut Haris, kebanyakan lelaki gay cemerlang dan profesional dalam dunia pekerjaan kerana tidak pernah mengabaikan kejayaan dalam hidup serta sentiasa berdikari.

Katanya, ada rakan-rakannya menjadi doktor, akauntan, dan jurutera. Tidak hairanlah, dia sendiri merupakan Eksekutif Kanan Perhubungan Awam di sebuah syarikat terkemuka negara ini.

“Kami memiliki semuanya seperti kerjaya, wang, tempat tinggal, makan pakai semua cukup malah mewah tanpa bantuan sesiapa. Kami sentiasa tampil menarik dan mengikut fesyen, malah tidak mungkin sesekali berimej picisan,” ujar Haris yang baru mencecah usia 26 tahun.

Menurutnya, kehidupan seseorang gay tidak menyebabkan kesusahan kepada orang lain kerana mereka mengatur hidup dengan baik sehingga tidak ada cacat cela, kecuali perasaan meminati serta sayang sesama jenis.

“Cemuhan demi cemuhan kami anggap biasa kerana kehidupan sesetengah pihak yang mencemuh itu lebih teruk dan punah. Malah apabila dicemuh, ego kami makin tercabar,” ujar Haris.

Malah katanya, mereka juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap agama.

Namun menjadi gay adalah kelemahan terbesar mereka dan sentiasa berusaha untuk beru­bah apabila keinsafan tiba kelak. Mereka juga sedar dan faham hubungan homoseksual adalah haram di dalam Islam.

Haris bercerita, dia terjebak dalam dunia gay selepas peristiwa hitam dicabul oleh seorang jurulatih renang ketika berusia 10 tahun.

“Sehinggakan semasa menyambung pelajaran di universiti pun, saya sudah hilang minat terhadap kaum wanita walaupun pernah mempunyai teman wanita semasa zaman sekolah,” katanya.

Menyentuh isu LGBT, Haris berkata, kumpulan­ gay paling teruk dicemuh kerana masyarakat bersikap berat sebelah berbanding LGBT lain.

“Masyarakat anggap gay lebih jijik berbanding kumpulan lain terutama lesbian. Kumpulan biseksual dan transeksual juga dipandang tidak sesinis gay. Ini tidak adil. Jika hendak dibendung, bendung seluruh kumpulan LGBT,” akhiri Haris.

sumber:SH

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ini adalah golongan yang nabi s.a.w tak mengaku umat....bertaubatlah sebelum terlambat

    BalasPadam
  2. LGBT tu ape ?hmm ,moga mereka ni kmbali ke pangkal jalan :'(

    BalasPadam
  3. L-Lesbian
    G-Gay
    B-Biseksual
    T-Transeksual

    BalasPadam

jerit kat sini