Loading...
Fedtri Yahya Gembira Dapat Anak Perempuan
KUALA LUMPUR – Pengacara lelaki rancangan Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya, 30, gembira dan bersyukur apabila isterinya, Nurul Anati Ismail, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram pada 30 April lalu.
Bayi sulungnya itu yang diberi nama Indah Sutera Jannah dilahirkan tepat jam 10.50 malam di Hospital Pusrawi Kota Damansara secara normal.
Selain itu, dia juga turut melahirkan rasa syukur di laman Facebooknya kerana di samping menerima kehadiran insan baru dalam kehidupannya, buku hasil karyanya juga turut dilancarkan di pesta buku bermula pada 1 Mei lepas.
“Alhamdulillah… Syukur kepada Allah atas anugerah seorang anak yang sihat sempurna. Isteri saya selamat melahirkan puteri sulung di Hospital Pusrawi Kota Damansara 1050mlm tadi. Bayi 3kg dilahirkan secara normal. 30 April- dapat anak pertama. 1 Mei- lancar buku pertama di pesta buku. * Begitu indah susunan jadual Ilahi. * terima kasih buat kalian yg mendoakan*
Sebelum ini, Fedtri merasa sedih kerana isterinya pernah mengalami keguguran bayi pertama mereka pada 26 Julai tahun lalu selepas mereka pulang dari bercuti di Korea.
Saat menerima berita gembira kehamilan isterinya tidak kekal lama berikutan isterinya mengalami pendarahan beberapa hari selepas ujian kehamilan dilakukan.
Namun, Fedtri menerima kenyataan rezeki untuk memiliki anak masih lagi belum dikurniakan oleh Allah.
Oleh: NAIMAH SHAARI
mynewshub

0 Ulasan
jerit kat sini