Loading...
Saya tak mahu komen...saya tak mahu komen...kata Shamsidar
Antara yang mencuri perhatian semasa prosiding pendakwan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana kes Bersih pagi Selasa tentulah kehadiran Shamsidar Taharin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama.
Isteri Azmin Ali itu tampil dengan pakaian warna cream hampir sama dengan warna dipakai suaminya.
Sewaktu di bilik mahkamah beliau asalnya tidak duduk sekali dengan Wan Azizah.
Beliau duduk di barisan belakang wartawan bersama beberapa penyokong pembangkang lain di situ.
Ini sehinggalah ada anggota keluarga Anwar bagi isyarat memanggilnya agar duduk sama dengan Wan Azizah.
Gerak geri mereka terus menjadi perhatian wartawan yang membuat liputan.Mereka nampak bersembang beberapa ketika semasa duduk bersama.
Kemudian kedua mereka ikut serta suami masing-masing semasa hendak membayar wang ikat jamin RM500 yang dikenakan untuk pertuduhan pertama kes itu.
Ditemui wartawan Agendadaily untuk mengulas dakwaan adanya skandalnya dengan Anwar yang heboh kebelakangan ini,Shamsidar dengan nada bersahaja kata..."saya tak mahu komen...saya tak mahu komen".
Sementara itu Wan Azizah yang lihat wrtawan Agendadaily hendak menyapanya terus lambai tangan isyarat tak mau cakap.- 22/5/2012 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
http://www.agendadaily.com/
2 Ulasan
Jelingan tu agak jauh kebelakang..pandainya nak memfitnah org ! ingat agama, Allah tu k..politik yg tersangat kotor, disaluti video seks dan skandal yg tak kunjung habisnya...
BalasPadamagak dah..mmg jadi isu ni
BalasPadamjerit kat sini