Wahh!!Berani Sungguh Mahasiswa Kita!!

Wahh!!Berani Sungguh Mahasiswa Kita!!

Loading...
PTPTN: ‘Panggil mendiang sesama Islam?’
SHAH ALAM – Perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di depan Kompleks Sogo di ibu negara kelmarin seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.


Fathul Bari berkata, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama.

“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” katanya.

Menurutnya, dalam memperjuangkan isu seperti PTPTN, apa yang paling wajar dilakukan ialah mengingatkan orang yang berhutang supaya membayar hutang mereka.

“Wang yang dipinjam itu hutang kerana ia duit kerajaan, yang juga duit rakyat,” katanya.

Sebagai mahasiswa yang telah menjalani proses pembelajaran­ di menara gading, kata Fathul Bari, mereka perlu mengelak sebarang tindakan yang berunsur provokasi untuk mencapai sesuatu matlamat kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, sekali gus menunjukkan imej diri mereka yang tidak matang.

“Mereka sepatutnya menggunakan kaedah berjumpa dan berbincang jika ada sesuatu perkara yang mereka mahu luahkan. Sebagai pelajar universiti, mereka harus buat keputusan dan bertindak dengan bijak,” katanya.

Baca,,apa pula kata Tun Mahathir

PTPTN: Pulang duit jangan demo jika tak setuju


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan, bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

"Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan sesi perbincangan strategi peringkat tinggi kumpulan terpilih bertajuk 'Pemacu Landskap Baru Ekonomi Di Persada Negara dan Global - Dilema Sektor Swasta Malaysia', anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini hari ini. - Bernama

p/s  sayang..berani tapi tak kena tempat

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tak elok juga la mereka buat demonstrasi macam tu.. Betul kata Dr.M, kalau pinjam, bayar balik. Kalau tak nak bayar balik, jangan pinjam.. Huhu.. Tapi dari apa yang saya dengar, caj yang dikenakan oleh pihak U sangatlah mahal. Yuran itulah, yuran inilah.. Caj tersembunyilah. Hmm.. Entahlah..

    BalasPadam
  2. @Herma Julianny
    betul tu..adat meminjam..kenalah bayar balik..lagipun kalau mati ...selagi hutang lum dibayar,selagi tak lepas2 kat akhirat nanti

    Rasanya caj yang dikenakan cuma 1 peratus je...kalau tak silap la

    BalasPadam

jerit kat sini