Tolong Tahu...Abu Al Quran Berwarna Putih

Tolong Tahu...Abu Al Quran Berwarna Putih

Loading...
                                                   Abu al-Quran berwarna putih


HATI tiba-tiba berasa sayu tatkala melihat 33 bungkusan plastik hitam yang mengandungi abu al-Quran diikat rapi sebelum dipunggah ke atas sebuah kapal oleh sekumpulan petugas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Seketika kemudian, jentera itu bergerak jauh ke tengah laut di perairan Kuala Terengganu dan berhenti sembilan batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur.

Tepat pukul 10.37 pagi, Khamis lalu, plastik pertama dibuka. Seorang petugas yang bertinggung di tepi pelantar kapal membuang semua abu itu ke dalam laut.

Abu itu memenuhi permukaan laut dan larut perlahan-lahan dalam air yang sejuk. Perasaan sayu sekali lagi menyelubungi diri, seolah-olah sedang menyaksikan perjalanan terakhir kitab suci itu ke tempat persemadiannya.

Naskah Al Quan diasingkan sehelai demi sehelai sebelum diracik
Pada pagi itu, lebih 200 kilogram abu al-Quran lama dibuang ke laut sebagai satu cara pelupusannya.

Sememangnya indah untuk disaksikan khususnya semasa abu itu menutupi permukaan laut dengan kilauan berwarna putih. Benar, abu al-Quran mempunyai warna yang cukup berbeza, menampakkan keputihan di sebalik warna kelabu.

Ia jauh berbeza berbanding abu daripada helaian kertas biasa yang diracik dan dibakar.

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penyelidikan) JHEAT, Mohd. Noor Mohamad berkata, abu al-Quran adalah unik.

Cebisan helaian Al Quan dibakar didalm tong besar
“Abu ini terhasil daripada helaian kertas yang mengandungi kalimah-kalimah Allah. Ia tidak sama dengan kertas-kertas lain.

“Proses untuk mengumpulkan abu ini juga bukanlah mudah. Ia mengambil masa selama hampir empat bulan. Petugas terbabit juga perlu melupuskannya dengan teliti,” katanya kepada Jurnal.

Abunya dibuang kelaut dalam
Ujar beliau, naskhah al-Quran lama yang dikumpul tidak boleh dibakar sesuka hati sebaliknya mesti diasing-asingkan sehelai demi sehelai.

Tambahnya, proses itu penting bagi memastikan setiap lembaran yang mengandungi ayat al-Quran terbakar dan menjadi abu sebelum dilupuskan di tengah laut.

Bercerita mengenai proses mengumpul al-Quran lama itu, ia ternyata menuntut ketabahan para petugasnya.

Seorang petugas, Mohd. Radhwan Abu Bakar, 39, berkata, beliau bertanggungjawab mengumpul dan meleraikan al-Quran itu sebelum membakarnya.

“Saat paling sedih adalah apabila melihat al-Quran yang ditemui sudah rosak seratus peratus. Ia berada dalam keadaan basah manakala tulisannya tidak kelihatan lagi.

“Saya juga menjumpai senaskhah al-Quran yang pada asalnya bersaiz besar tetapi tinggal selebar tapak tangan sahaja akibat dimakan anai-anai. Ia begitu menyayat hati,” tambahnya.

Ujar Radhwan, detik paling sukar pula adalah semasa beliau memasukkan helaian demi helaian al-Quran itu ke dalam tong untuk dibakar.

“Bayangkan bagaimana perasaan kami apabila melihat kitab suci itu dibiarkan terbakar. Tetapi itulah cara terbaik untuk menjaga kesuciannya daripada terus dibiar rosak dan dibuang di merata tempat,” katanya.




Catat Ulasan

0 Ulasan