Lagi Soal Jawab UAI.Baca!!

Lagi Soal Jawab UAI.Baca!!

Loading...
(SOAL JAWAB) minta maaf, sikit je soalan.

1. Adik saya sindrom, dia tak reti bab solat ngan puasa. Nak ajar mmg dia tak faham. adakah dia ke syurga?
-Sindrom terbahagi kpd 2. kronik dan tidak kronik, yg kronik ni akan ke syurga dan yg tidak kronik ni kene amal selagi mana boleh.

2. Apa hukum saya lepaskan lori yg bawa arak? saye bekerja sbg pemeriksa kenderaan.
-Setengah ulama' kata tidak haram sebab kamu bukan meluluskan dia bawak arak dan setengah ulama' kata tggalkan kerja tersebut. *tepuk dada tnya iman.

3. Mertua saya suka menipu/lebong. takpe ke sye tak hormat dia?
-Menipu/lebong ade 2, menipu lagho dan menipu jahat. menipu jahat ni confirm ke neraka kalau tak bertaubat, menipu jahat ni menipu dgan kes2 berat dan penting seperti tipu tanah atau tipu harta org. menipu lagho ni dari segi percakapn seperti cakap besar.

4. Bini saya malas nak jimak, bila saya panggil ade je alasan, apa hukumnya? gtau skit sebab dia ade mari malam ni. wakaka.
-dalam kahwin ni ada nafkah batin salah satunya ialah jimak. kalau kedua dua nak, maka itu yg terbaik. Nabi ckp 'Bila suami panggil isteri, isteri mesti kena pergi meskipun sedang memasak'. Sunat bagi suami menunaikan 4 hari sekali nafkah batinnya :) Bab jimak ni isteri lagi kuat tp dia buat2 warak. wakakaka.

5. Betul ke hati keras doa tak dimakbulkan?
-Hati keras tiada kene mengena ngan doa. yg hati keras ni cuma payah nak takutkan akhirat, tp kalau hati mati mmg tak takut terus kpd akhirat.

6. Kalau kawan kita tak solat, kita tak boleh makan makanan pemberian dia?
-tak betul. Lebih afdal makan makanan pemberian dari org yg takutkan Allah.

7. Saya ni laki, saya nak cari pasangan hidup. tolong saya ustazzzz.. :(
-senang je, mu cari mana yg berkenan g masuk meminang, kalau malu guna surat. Nabi dah ckap kan, kalau minat sorg perempuan, g terus nikah.

8. Lepas tok imam baca Al Fatihah, nak baca 'amin' yg panjang ke yg pendek lebih tepat?
-Anak murid imam Syafie ckap baca 'amin' ni ade 2 bacaan, bacaan pnjang dan pendek. Berlaku khilaf terhadap ulama' dlm mazhab Syafie, yang bacaan panjang lebih afdal kerana dlm hadith Nabi baca panjang bila amin tu.

9. Telur ayam kita wajib basuh tak?
-Kalau ada 15 kilo tahi kat kulit ayam, tak wajib basuh kalau kita nak makan ISI telur, tapi kalau nak makan kulit telur, wajib basuh dulu :)

10. Apa hukum biar anak main dalam masjid masa org ngah solat?
-Hukumnya haram kalau kita tau anak kita mengacau atau jenis buas tapi kita g lepas jugak.

11. Ayah saya susah nak g surau nak g dgar kuliah. nak wat guane?
-Jawabnya bukan ayoh mu sorg gtu. :)) ramai org gtu, time nak ngajor tak boleh dtg, time makan kedarossss, laju je. nak wat cmne? pasang cd kuliah yg keras2 skit ceramahnya, biar masuk dlm kpale.

12. Bagaimana nak ubah org tu ikut syariat Islam?
-Ketua mesti ikut syariat Islam dan org bawah2 kene ikut jugak dan ketua wajib menyuruh org bawah ikut syariat ISlam.

13. Kalau ngah azan, kita duk dalam jamban, kena jawab tak?
-Jawab azan sunat je. kalau duk dlm jamban, jgan jawab. keluar dari jamban baru jawab.

14. Waktu dhuha kul bpe?
-Tiada waktu tepat, kadang2 sejam lepas matahari naik.

15. Boleh tak main kompang dalam masjid?
-Ada hadith mengenai main kompang dlm masjid ketika perkahwinan, Nabi kata 'Hendaklah kamu main kompang dalam masjid' perkataan Hendaklah itu bukan merujuk kpd sunat tetapi harus sahaja. Ada pendapat yg sedikit sahaja yg mengharuskan main kompang dlm sejid.


16. Saya selalu rasa ade angin di celah punggung saya, ketika solat pun sama, adakah kene stop solat?
-tak payah, tu perasaan je, Nabi kata jgan berhenti solat kalau RASA macam kentut. kalau terang2 bunyi kentut, kene stop la solat.

17. Saya kerja bersihkan asrama, kalau ada jumpa barang leh amik tak?
-Kalau barang tu tiada tuan, boleh amik, kalau ade tuan kene bg tuan dia.

18. Apa hukum buat aksi bahaya guna basikal?
-Kalau dia pakai alat keselamatan takpe.

19. Apa hukum buat bulatan utk baca yassin dan letak air masa baca yassin?
-Kalau bulatan tu nak buat utk tujuan halaqah tidak apa. Letak air masa baca yassin takpe kerana dibenarkan oleh ulama' Ahli SUnnah Waljamaah. Amalan tiup meniup ni amalan Rasulullah SAW contoh baca quran pastu tiup pada haiwan sedang ngamuk hukumnya boleh.

20. Aurat kaki dgan abg ipar dan tetamu rumah?
-Kalau abg ipar tu duduk menetap situ tidak apa, kalau mari sekali sekala wajib tutup.

21.Apa hukum main funfair?
-Main buai musing,keter langgor seme x saloh,buleh main blake tp hok yg jd sedihnya org tua main sapa selok2 ke diri ngalohkan budok2,
hok yg jd saloh bila main permainan yg berunsurkan pertaruhan spt main baling tin, di mana kita perlu bayar dan sekiranya tak dpt apa yg kita sasarkan maka kita menanggung kerugian

22.Apa hukum menyertai pertandingan,teka biji betik,teka jumlah guli dsb yg sewaktu dgnnya?
-kalau penganjurnya dr sumber yg haram spt carlberg,maka haram menyertai jika dr penganjur yg x bercampur unsur haram maka dibolehkan...

WALLAHU'ALAM. kalau ada salah silap. tlg lah tegur, mana tahu saya salah salin. insyaALLAH bermanfaat..

Catat Ulasan

0 Ulasan