Lagi Makanan Tiruan Dari China Dihasilkan.Lihat!!

Lagi Makanan Tiruan Dari China Dihasilkan.Lihat!!

Loading...
Hati-hati a/bila membeli beras dari China, berdasarkan laporan sebuah media asal Korea, The Weekly Hong Kong, beras yang mengandungi bahan plastik kini beredar luas di pasaran.

Beras palsu yang diperbuat dari bahan campuran kentang, ubi jalar, dan resin sintetik industri, awalnya dijual bebas di Kota Taiyuan, Provinsi Shaanxi, China. Beras itu mempunyai pandangan yang sama dari mata kasar, namun saat dimasak beras itu akan terasa sangat keras dan sukar untuk dicerna. ]

Seperti ditulis dari Asianews.it, Isnin (9/4/2012). Kos pengeluaran yang sangat rendah dan menjanjikan keuntungan yang sangat tinggi, dituding sebagai latar belakang mengapa beras ini diciptakan.

Menurut Persatuan Restoran Cina, memakan tiga mangkuk nasi palsu ini akan sama seperti memakan satu beg plastik. Pegawai berkuasa China, sudah melancarkan penyelidikan atas laporan ini. China mempunyai rekod keselamatan makanan yang sangat rendah, pada tahun 2008 sebanyak enam bayi meninggal kerana meminum produk susu formula mengandungi melamin. Sebatian plastik itu akan memberi kesan buruk bagi kesihatan manusia jika diambil., seperti kerosakan ginjal.


Sekali pandang, memang terliur untuk menjamah. Namun, kini kita perlu berhati-hati dengan apa jua makanan, kerana banyak produk yang di ‘klon’ menjadi produk tiruan yang sangat merbahaya kepada diri kita serta keluarga.


Madu lebah palsu
Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.


Ban kitar semula
Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.


Telur palsu
Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air. Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur. Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia.


Kacang walnut palsu
Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam.


Daging lembu palsu
Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi.Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.

p/s  hati-hati dalam memilih makanan.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. euwwwww, macam2 makanan tiruan/sintetik di pasaran sekarang ekkk ...

    BalasPadam

jerit kat sini