Loading...
FESTIVA Mersing bakal dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik buat seisi keluarga di gerai Harian Metro pada 14 dan 15 April ini.
Hujung minggu ini warga Mersing akan disajikan dengan pertandingan masakan dan gubahan bunga di samping bermacam aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Menariknya, kedua-dua pertandingan masakan dan gubahan bunga ini menyediakan hadiah berupa wang tunai dan hamper makanan kepada tiga pemenang utama.
kami dipantai Mersing....disini akan diadakan Festiva Mersing
Pertandingan masakan akan dikendalikan chef berpengalaman yang dibawakan khas dari Kuala Lumpur, begitu juga dengan pertandingan gubahan bunga yang akan diselia oleh pakar penggubah bunga hotel terkemuka.
Pertandingan masakan akan diadakan mulai jam 2.30 petang Sabtu manakala pendaftaran untuk pertandingan terbabit boleh dilakukan seawal jam 10 pagi di gerai Harian Metro.
Peserta tidak perlu membawa sebarang peralatan memasak manakala yuran pendaftaran adalah sebanyak RM15. Masakan yang disediakan itu boleh dibawa pulang oleh peserta selepas dinilai oleh juri.
Bagi pertandingan gubahan bunga pula, yuran serupa sebanyak RM15 dikenakan untuk setiap peserta manakala gubahan bunga juga boleh dibawa pulang.
Pakar penggubah bunga khas akan melakukan demonstrasi menggubah bunga terlebih dulu untuk memberi idea ringkas menggubah kepada peserta. Ia terbuka kepada peserta lelaki dan wanita, tanpa mengira usia. Pertandingan ini akan diadakan mulai jam 11 pagi pada Ahad, 15 April di gerai sama.
Pendaftaran untuk pertandingan gubahan ini boleh dilakukan seawal pagi Sabtu tetapi setiap peserta dikehendaki membawa keratan kepala akhbar Harian Metro atau Metro Ahad semasa melakukan pendaftaran.
Untuk si kecil pula, usah lepaskan peluang menyertai aktiviti mewarna secara percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Bahan mewarna dan kertas lukisan disediakan pihak penganjur tetapi peserta juga boleh membawa peralatan mewarna masing-masing.
Selain itu, diadakan acara pertandingan fesyen kanak-kanak pada petang Ahad. Untuk mereka yang mahu mempamerkan bakat bergaya dan memperagakan pakaian di hadapan pengunjung gerai, sila mendaftar seawal jam 10 pagi di gerai Harian Metro. Hadiah hamper menanti pemenang acara mewarna dan fesyen kanak-kanak ini.
Jom...kita santai2 disini..
0 Ulasan
jerit kat sini