Loading...
Boleh dikatakan hampir semua akhbar menyiarkan isu ini..
Cuma yang akak rasa pelik tu,dah kahwin setahun,takkan tak tahu isterinya tu lelaki,malah ini bukannya isteri yang pertama malah ke 3!!
Sri Wani dan Dr. Bahrom wajib dipisahkan sementara
Menurut beliau, mengikut hukum syarak, setiap perkahwinan perlu meliputi lima rukun nikah yang wajib dituruti iaitu suami (lelaki), isteri (perempuan), wali, dua orang saksi serta akad nikah.
Justeru, katanya, jika salah satu daripada kelima-lima rukun itu tidak dipenuhi, perkahwinan tersebut adalah tidak sah.
“Walaupun secara luarannya, seseorang itu kelihatan seperti seorang wanita tetapi hakikatnya, dia masih kekal sebagai seorang lelaki. Oleh itu, dia tidak boleh bergelar isteri.
“Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ini pula dari akhbar SH
Eksklusif: Sri Wani masih sayangi suamiCuma yang akak rasa pelik tu,dah kahwin setahun,takkan tak tahu isterinya tu lelaki,malah ini bukannya isteri yang pertama malah ke 3!!
Sri Wani dan Dr. Bahrom wajib dipisahkan sementara
keratan KOSMO semalam
KUALA LUMPUR – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa perkahwinan antara pasangan sesama jantina adalah dilarang dan tidak diiktiraf sama sekali dalam Islam.Menurut beliau, mengikut hukum syarak, setiap perkahwinan perlu meliputi lima rukun nikah yang wajib dituruti iaitu suami (lelaki), isteri (perempuan), wali, dua orang saksi serta akad nikah.
Justeru, katanya, jika salah satu daripada kelima-lima rukun itu tidak dipenuhi, perkahwinan tersebut adalah tidak sah.
“Walaupun secara luarannya, seseorang itu kelihatan seperti seorang wanita tetapi hakikatnya, dia masih kekal sebagai seorang lelaki. Oleh itu, dia tidak boleh bergelar isteri.
“Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ini pula dari akhbar SH
SHAH ALAM - Pengusaha yang mencetus kejutan setelah kes mahkamah mengenai status jantinanya dipaparkan di muka hadapan akhbar semalam, tampil meluah suka dukanya sejak bergelar isteri.
Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia tetap sayang kepada suaminya, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan universiti tempatan walaupun dilanda pelbagai dugaan.
“Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya dalam nada sedih, tetapi yakin, dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.
Dalam laporan semalam, bekas dekan itu, yang mengesyaki isterinya lelaki memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, kelmarin.
Bahrom bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, yang memeluk Islam, pada 2001.
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.
Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.
Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.
saksikan ini juga
p/s alahai...dekan oh dekan
2 Ulasan
Di tipu, menipu...
BalasPadamPelik juga, tak pernah tidur sama ke? Ke kahwin ada sebab lain? Macam2 hal dunia ni.
@~~zana@pb~~
BalasPadamlaki dia tu pun kan dah berusia..mungkin dia niat kawin tu bukan sebab nak memenuhi tuntutan batin semata mata..entah camne tetiba teringin nak melayari bahtera, rupanya ada pendayung..
'isteri' dia lak mungkin tak tau hukum sebab mualaf kan..dia ingat bila dah 'bertukar' jadi pompuan maka jadi pompuan la..
kita sangka baik je la..moga jadi pengajaran untuk kita semua..
jerit kat sini