Loading...
SAYA tidak bersetuju dengan pandangan Tanah Sekangkang Kera berkenaan drama Tanah Kubur saluran Astro Oasis.
Kita mestilah berpandangan positif dengan memikirkan apa yang hendak disampaikan oleh pengarah drama tersebut dan drama-drama yang sama sepertinya.
Dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia, sememangnya ada yang bersikap seperti yang digambarkan.
Setahu saya, drama Tanah Kubur adalah mengisahkan seorang penggali kubur yang melihat banyak kejadian aneh yang berlaku pada hari pengebumian orang yang meninggal dunia.
Ini juga memberi satu kesedaran kepada penggali kubur itu sendiri kerana setiap kejadian adalah satu pengajaran bagi dirinya sendiri.
Ada kisah anak yang menderhaka pada ibu bapa, mengamalkan ilmu hitam antara pasangan suami isteri, perasaan hasad dengki kawan-kawan dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, contoh yang baik juga turut dipaparkan misalnya seorang tua yang meninggal dunia dan semasa kehidupannya merupakan seorang yang baik hati, tetapi sering dikutuk dan dipandang serong oleh orang kampung hanya kerana beliau tidak dapat berjemaah di masjid bersama dengan orang kampung kerana masalah kesihatan.
Namun pada saat kematian beliau, mayatnya kelihatan berseri dan bersinar. Jika kita melihat secara keseluruhan kisah-kisah yang ditayangkan, banyak teladan dan boleh dijadikan iktibar serta dijadikan garis panduan dalam kehidupan kita seharian agar kita tahu menilai kebaikan dan keburukan dalam kehidupan.
Di sini, saya ingin menerangkan bahawa saya bukan orang Islam, tapi saya sangat berminat menonton drama tersebut, kerana saya suka berfikiran positif dan saya cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengarah.
Anak-anak saya berusia 7-10 tahun suka menonton drama tersebut dan saya hairan pada mulanya sehinggalah pada suatu hari anak saya bertanya... "Mama, betulkan kalau marah dan jahat pada ibu bapa kita jadi begitu?"
Dan saya mengambil kesempatan menerangkan kepada anak-anak. Anak mudah memahami kerana sudah ada gambaran serta menjadi peringatan pada dirinya sendiri. Kerana hendak diterangkan pada anak-anak secara dewasa, anak tidak memahami.
Sebagai seorang Islam, Tanah Sekangkang Kera (TSK) sepatutnya memahami perkara tersebut lebih daripada saya.
Mungkin TSK sepatutnya menerangkan kepada kawan TSK yang bukan beragama Islam tadi bahawa itu adalah drama untuk dijadikan teladan.
Kalau diikutkan, gambaran musibah yang dipaparkan hanyalah sedikit berbanding musibah yang betul-betul terjadi bila di akhirat. Mungkin bukan terjadi berdekatan dengan kita tetapi di dalam satu dunia mungkin ada beberapa yang benar-benar terjadi. Jangan hanya kerana tanggapan orang yang berfikiran sempit, kita terus jadi lemah untuk membangkitkan kisah-kisah teladan masyarakat.
Kalau buku yang memaparkan kisah misteri dan musibah boleh kita baca, kenapa drama yang berkisar kisah serupa kita tolak?
Bagaimana dengan kisah dongeng teladan? Kenapa kita menerimanya juga untuk tontonan sedangkan semuanya berkisar tahyul. Tidak mustahil perkara-perkara tersebut ada kebenarannya, kerana, kita lihat sahaja surat khabar sekarang banyak memaparkan kisah-kisah yang tak tercapai dek akal kita.
Anggaplah segala drama-drama yang dipaparkan adalah merupakan peringatan supaya kita tidak leka dan lupa, jangan terkasar bahasa dan terpesong budaya dan tidak terpedaya dengan janji dunia. Adalah lebih baik supaya kita saling mengingat sesama manusia.
penulis:BUKAN ISLAM TETAPI MEMAHAMI
SELANGOR
Hhhmm....komen anda??

5 Ulasan
kagum membaca komen dia nie...dia sedar tapi orang kita macam mana...
BalasPadamjadi, dia patut masuk islam..
BalasPadamdoakan yan terbaik buat dia
BalasPadamorang bukan islam pon leh amek iktibar,kenapa tidak kita kan.moga dia diberi hidayah untuk menerima Islam insya-ALLAH
BalasPadamTak sangka orang yang bukan Islam pun boleh nak amik iktibar dari cerita ni. Semoga beliau diberi hidayahNYA :)
BalasPadamjerit kat sini