Ulat dalam karipap Secret Recipe?

Ulat dalam karipap Secret Recipe?

Loading...

Aduan Pengguna: Karipap berulat yang dibeli dari Secret Recipe di Presint 15 Putrajaya. Bagaimana perkara macam ni boleh terjadi,


Ini apa yang ditulis oleh pemilik video dan mangsa karipap berulat ini, Encik Mohd Yusof Sham.
Secret recipe menghidangkan ulat2 dlm curry puff nya. tuan puan boleh mendapatkannya di cawangan putrajaya p15..setelah dirujuk ke kedai ulat terbabit, PIC Hasanah ckp xleh wat ape sbb manager die xde, kene rujuk HQ, hanya boleh minta maaf. mmg hampas gas.
Dan ini adalah bukti pembelian karipap tersebut.

Berikut adalah satu respon dari bekas pekerja Secret Recipe yang menceritakan apa sebenarnya yang berlaku di Secret Recipe itu sendiri. Dengan kejadian karipap berulat baru-baru ini, sekali imbas kesalahan terbesar tentulah ditujukan kepada Secret Recipe (SR), tapi tidak ramai tahu bagaimana prosedur yang telah lama wujud di SR sebenarnya amat ketat bagi memastikan kualiti setiap barangan yang dijual mereka. Jadi di mana silapnya?
Ikuti respon dari bekas pekerja Secret Recipe ini.
Assalamualaikum.
Saya merupakan bekas pekerja di Secret Recipe. Setelah membaca komen yang ada di blog ni, boleh saya katakan yang belum ada seorang pun wakil yang berpengetahuan mengenai prosedur pengurusan makanan di Secret Recipe yang menerangkan tentang fakta sebenar.
Sepanjang perkhidmatan saya di Secret Recipe, saya telah ditempatkan di bahagian Cake Counter, bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kek, pastry dan kaunter. Jadi, saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menerangkan tentang sebab berlakunya kes ini.
Pertama sekali, bahan makanan yang menjadi isu sekarang ialah “Chicken Curry Puff”, sejenis pastry. Prosedur mengendalikan “Chicken Curry Puff” ialah seperti berikut ;
1. “Chicken Curry Puff” disalut dengan satu lapisan telur.
2. “Chicken Curry Puff” dibakar di dalah ketuhar sehingga ‘naik’ dan kembang.
3. “Chicken Curry Puff” diletakkan di dalam “brownie cabinet” di mana suhunya adalah tinggi berbanding suhu bilik.
Jangka hayat “Chicken Curry Puff” selepas dibakar adalah lebih kurang 5 hari. Prosedur untuk menghidangkan “Chicken Curry Puff” adalah seperti berikut.
1. “Chicken Curry Puff” dipanaskan di dalam ketuhar mikro selama 2 minit. Suhu selepas dipanaskan mencecah 200′C.
2. “Chicken Curry Puff” dibakar di dalam ketuhar selama 1 minit untuk tekstur doh yang rangup.
3. “Chicken Curry Puff” dihidangkan kepada pengguna.
* Prosedur ini juga tertakluk sekiranya pelanggan ingin membawa pulang “Chicken Curry Puff” tersebut.
* Bau “Chicken Curry Puff” yang elok dan “Chicken Curry Puff” yang tidak elok amat berbeza dan selalunya dapat dikenalpasti oleh pekerja.
Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa prosedur pengendalian produk “Chicken Curry Puff” yang telah digariskan oleh HQ Secret Recipe sangat baik untuk menjaga kualiti produk tersebut. Namun begitu, bumi mana tidak ditimpa hujan, kesilapan yang dilakukan oleh pekerja sedikit sebanyak menjejaskan kualiti produk tersebut.
Antara kesilapan yang mungkin telah terjadi dalam kes ini ialah ;
1. “Brownie display cabinet” dibuka terlalu lama sehingga menyebabkan lalat atau serangga perosak lain masuk ke dalam kabinet tersebut.
2. “Chicken Curry Puff” telah melebihi jangka hayat 5 hari dah hal ini tidak disedari oleh pekerja.
3. Pekerja tidak mengendalikan “Chicken Curry Puff” mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa perkara ini adalah kesilapan insani dan para pengguna tidak seharusnya memboikot terus restoran Secret Recipe.Akhir kata, saya ingin menggariskan beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh para pengguna agar kes seperti ini tidak berlaku.
1. Perhatikan gerak geri pekerja. Pastikan dia mengendalikan produk pastry mengikut prosedur yang telah saya terangkan tadi.
2. Teliti dahulu pastry yang dipamerkan di “brownie display cabinet”. Sekiranya kelihat lemau atau tidak elok, dinasihatkan agar tidak membeli produk tersebut.
3. Sekiranya anda makan di restoran tersebut dan telah memesan pastry, bau dahulu produk tersebut sebelum makan. Sekiranya normal, potong bahagian tengah dan teliti isi dan dohnya. Begitu juga sekiranya anda ingin membawa pulang. Bau dahulu pastry tersebut.
4. Sekiranya berbau tidak elok, tolong minta pekerja tersebut meneliti produk yang telah anda beli. Sekiranya benar sudah tidak elok, minta dia ganti dengan yang baharu; bukan dari dalam brownie cabinet tetapi yang baru dibakar. Anda akan perlu menunggu untuk beberapa minit, tetapi itu lebih baik berbanding makan produk yang tidak elok.
Yang benar,
IDMR.

sumber

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sedap ke eh? uh~ haru la macam ni =='' tak patot boikot sr :D

    BalasPadam
  2. dya pun bekas kerja secret recipe dan dya jugak jaga cake conter..pelik lah sebab ada ulat.. chic curry puff tu bayk kali dibakar.. masa customer nk beli pun kitaorg akan panas kn.. kalau bau lain macam kitaorg tak akan bg customer beli..

    BalasPadam
  3. @ciksukaberangan
    akak lum pernah cuba lagi karipap tu,jadi tak berani nak cakap la

    BalasPadam
  4. @dyabunga
    betul ke..harap2 benarlah..akak rasa pun macam tu gak,setahu akak ada sejenis bakteria ni..masu peti ais dia mati,bila kluor peti ais,bakteria tu leh membiak balik...agaknya spesis tu kot

    BalasPadam

jerit kat sini