Psstt...Warna tali leher Obama.Lihat!

Psstt...Warna tali leher Obama.Lihat!

Loading...
MERAH atau biru? Ada yang berpendapat pemilihan tali leher berwarna merah oleh Obama mewakili sokongannya kepada Bipartisan.

Amerika Syarikat baru saja selesai maraton pilihan raya penentuan presiden dan kini berada di tengah-tengah kejatuhan ekonomi dunia.

Daripada sidang perdebatan hinggalah ke dewan bandar raya, sidang media dan panel kongres, pelbagai jenis tali leher boleh diperhatikan. Namun, kenapa hampir kesemuanya, sama ada berwarna merah atau biru?

Jawapan yang paling logik untuknya ialah ia hanyalah sesuatu yang orang Amerika lakukan untuk menyokong warna bendera negara - satu lambang patriotisme.

Mungkin juga ada mesej lain yang cuba disampaikan. Obama yang sering memakai tali leher warna merah seolah-olah menyampaikan mesej tersirat bahawa dia ialah seorang ahli Bipartisan.

Bagaimanapun, sains menunjukkan ia lebih daripada sekadar warna primer. Livescience melaporkan bahawa beberapa kajian mendapati memakai warna merah atau biru membantu ahli politik 'meraih keistimewaan' dan ia sesuatu yang sememangnya digemari ahli politik.

MERAH warna kuasa, biru pula melambangkan ketenangan dan keyakinan.



Kajian itu mendapati warna merah ialah warna yang paling berkesan untuk menajamkan perhatian manusia terhadap perincian, manakala warna biru pula paling baik bagi meningkatkan keupayaan kita untuk berfikir dengan kreatif.

Jika kajian itu tepat, pilihan tali leher Obama dapat menggalakkan rakyat Amerika untuk menjadi lebih peka kepada perincian dan kreatif, memandangkan beliau kerap memakai kedua-dua warna itu.

Beliau juga sehingga kini dilabel sebagai presiden yang tidak kisah untuk membuka kotnya dan gayanya yang lebih santai sudah banyak kali menjadi subjek perbincangan dalam banyak blog dan profil.

Pakar fesyen telah mengenal pasti satu trend yang cenderung kepada warna biru sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Elizabeth Shein, pakar gaya rasmi Konvensyen Kebangsaan Demokrat 2004, berkata: "Tali leher berwarna biru mungkin aksesori paling kerap dipakai lelaki.

"Ia warna yang versatil dan menepati keperluan empat musim. Ia dapat dipadankan dengan segala-galanya, membuatkannya warna tali leher pilihan kali ini.

"Saya belum berdepan dengan masalah fesyen lagi sejak berada di sini. Semua orang yang datang kelihatan hebat."

Jaime Stephens, Pengarah Eksekutif Color Marketing Group, bersetuju. Beliau memberitahu: "Warna biru sejak dulu mewakili ketenangan dan menyampaikan keyakinan. Tidak seperti warna merah, warna kuasa yang saya fikir sebagai warna milenium lepas."

Bagaimanapun, peminat warna merah tua tidak perlu khuatir. Kedua-dua warna itu masih berada di kedudukan teratas.

Catat Ulasan

0 Ulasan