Perangkap 'kekasih' suami di bilik tidur.BACA!!

Perangkap 'kekasih' suami di bilik tidur.BACA!!

Loading...
BADAI rumah tangga tidak mengira tempat dan sebab. Pelbagai masalah timbul menyebabkan pasangan suami isteri hilang pertimbangan sehingga membawa kepada perceraian.

Hilang kisah orang ketiga, timbul cerita bercinta dalam laman sosial Facebook dan macam-macam perkara lagi. Jika tidak isteri buat hal, suami pula yang jadi penyebab, begitulah lumrah berumah tangga.


pengakuan seorang isteri muda bernama Siti (bukan nama sebenar) berusia 26 tahun yang baru setahun lebih menikmati hidup berumah tangga tetapi sudah diuji dengan begitu hebat sekali.

Bukan masalah orang ketiga, bukan juga kerana FB tetapi disebabkan suaminya, Faris (bukan nama sebenar) menjalin hubungan dengan bekas rakan serumah, seorang lelaki.

Dengan rasa sebak dan air mata yang berlinangan, Siti meluahkan kekecewaannya kepada saya untuk dikongsi dengan pembaca,

Begini kisahnya:

"Tidak saya sangka minat saya membaca kisah cinta songsang akhirnya berlaku kepada diri saya sendiri. Tuhan Maha Kaya, saya reda dengan apa yang berlaku.

"Saya seorang pegawai kerajaan dan baru setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan Faris yang saya kenal semasa di kolej. Orangnya baik hati, kacak dan ada pekerjaan yang menjamin masa depan kami. Alhamdulillah, pernikahan kami direstui keluarga kedua-dua pihak.

"Sebelum berkahwin, suami saya tinggal menyewa bersama sahabat baiknya bernama S. Saya tidak nampak apa-apa yang mencurigakan sepanjang kami berkawan. Dia selalu bertemu saya seperti pasangan kekasih lain. Sesekali teman serumahnya itu ikut sama tetapi saya tidak nampak ada yang tidak kena dalam hubungan mereka.

"Namun bangkai gajah masakan boleh ditutup, rahsia mereka akhirnya terbongkar apabila satu hari saya mengintip mereka dan menyaksikan sendiri aksi mereka memadu kasih di bilik tidur rumah sewa lama suami saya.

"Segala-galanya kerana kuasa Allah. Sesungguhnya Allah hendak menunjukkan kebenaran kepada saya setelah dua tiga bulan sebelum itu, saya merasa ada yang tidak kena dengan hubungan suami dan teman serumahnya itu.

"Semuanya bermula apabila dua minggu berturut-turut suami berkata dia perlu ke luar daerah untuk urusan kerja. Saya tidak banyak bertanya sebab tahu memang kerja dia selalu di luar daerah.

"Masuk minggu ketiga, dia memberitahu perkara yang sama kononnya kerja belum selesai dan dia perlu pergi sekali lagi. Saya rasa tidak sedap hati sebab dia bagi tahu teman serumahnya itu akan ikut sama.

"Di sebalik rasa curiga yang mula timbul, saya izinkan dia pergi dengan nekad kali ini saya akan mengikut dia untuk mengetahui sama ada dia benar-benar ke luar daerah atau tidak.

Pada hari dia hendak bertolak, saya ambil cuti dengan alasan tidak sihat. Bersama seorang kenalan rapat, saya mengikut kereta suami dari belakang. Pelik juga sebab dia tidak menghala ke lebuh raya tetapi menuju ke kawasan pangsapuri tempat tinggalnya dulu. Saya meletakkan kereta di luar kawasan pangsapuri.

"Setelah pasti dia sudah masuk berada di dalam rumah, saya mengajak kawan saya tadi masuk. Apabila pengawal bertanya saya katakan hendak ke rumah saudara sebab saya tahu alamat pangsapuri itu, lagipun saya memang pernah ke situ selepas kahwin untuk mengambil barang-barang suami.

"Lima belas minit menunggu setelah loceng ditekan, tidak ada jawapan dari mereka. Saya memberanikan diri menolak pintu, rupanya pintu tidak berkunci. Perlahan-lahan saya melangkah masuk ke dalam rumah. Kawan saya panik, dia kata tindakan kami menceroboh rumah orang.

"Saya tidak peduli kata-kata dia, sebab saya yakin mereka ada di dalam rumah. Saya memperlahankan langkah kerana terdengar suara orang dari salah satu bilik lalu menuju ke arah suara tersebut dengan degupan jantung yang semakin kencang.

"Tanpa memberi salam saya menolak daun pintu, nak tahu apa yang saya lihat? Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Suami saya sedang asyik memadu asmara dengan rakan serumahnya itu di atas katil. Kerana terlalu asyik mereka tidak sedar akan kehadiran kami.

"Tahap kemarahan saya sampai ke kepala, lalu saya baling mereka dengan bantal dan semua barang yang ada dalam rumah tersebut. Sempat juga saya ambil gambar mereka sebagai bukti.

Tetapi kawan saya, meluru keluar ke ruang tamu sambil menutup matanya kerana tidak sanggup melihat aksi suami dan rakannya itu.

"Saya mengucap panjang sambil menjerit-jerit dan menangis meraung-raung. Saya memang tidak dapat mengawal perasaan melihat apa yang berlaku di depan mata. Suami dan 'kekasihnya' itu terpinga-pinga dan lintang-pukang turun dari katil.

"Saya berkata kepada suami, ini rupanya kerja luar daerah abang! Buat maksiat dan dosa besar. Abang tak kan selamat! Tuhan laknat perbuatan keji abang ini!

"Sebaik mengeluarkan kata-kata itu, saya meninggalkan pangsapuri yang membawa bencana dalam hidup saya itu. Saya tidak menyangka sama sekali suami berperangai seperti itu. Baru saya sedar kenapa dia dingin terhadap saya dan selalu mengelak apabila diajak bersama.

"Layanannya kepada saya juga tidak semesra suami isteri lain. Pada mulanya saya ingat sebab kami baru kahwin mungkin perlukan masa. Rupa-rupanya, dia hidup dua alam. Ya Allah, jika inilah ujian dariMu, aku terima dengan reda.

"Kalau sudah tahu tidak ada nafsu dengan perempuan, kenapa ajak saya kahwin? Kenapa mahu bercinta dengan saya? Saya terus menelefon ibu dan ayah. Mereka bergegas datang bersama mentua saya. Abang saya mengamuk dan mahu bersemuka dengan suami, tetapi ayah melarang. Kita selesaikan cara baik, kata ayah.

"Rakaman aksi suami dan kekasihnya itu saya tunjukkan kepada keluarga sebagai bukti, saya tidak mahu dikatakan mereka-reka cerita. Mereka terkejut dengan apa yang berlaku terutama mentua saya yang menangis tidak henti-henti kerana malu dengan perbuatan anaknya itu.

"Dua hari selepas kejadian itu saya ke pejabat kadi, mendapatkan nasihat dan apa yang harus saya lakukan. Kemudian saya ke hospital mendapatkan pemeriksaan lanjut. Syukur saya sihat. Setelah berfikir panjang dan melakukan solat istikharah, saya akhirnya mengambil keputusan menuntut cerai. Itulah yang sebaiknya saya lakukan demi masa depan saya.

"Saya tidak mahu berjumpa suami lagi walaupun dia merayu-rayu. Apa yang dia dah buat tidak akan saya maafkan. Saya juga tidak ambil kisah, apa orang nak kata sebab saya tahu setiap orang buat silap dan akan belajar daripada kesilapan itu. Saya kecewa atas kecurangan suami. Saya amat malu dan kesal dengan perangainya yang tidak senonoh itu.

"Saya juga minta bertukar ke tempat lain untuk melupakan tragedi yang mencalar hati dan perasaan saya. Saya ingin berpesan kepada wanita di luar sana. Hati-hati apabila memilih calon suami.

"Awasi mereka yang terlalu berkawan rapat sesama lelaki. Jika mereka lebih utamakan kawan baik daripada isteri, siasat perhubungan mereka itu. Semoga Allah bagi saya kekuatan untuk menghadapi hidup yang mendatang. Insya-Allah.'' Siti menamatkan ceritanya.

Kisah Siti mungkin satu dalam 10 cerita yang kita dengar, tetapi ia kini menjadi penyakit masyarakat yang semakin membimbangkan. Persahabatan luar biasa antara lelaki dan lelaki serta perempuan dan perempuan harus diberi perhatian serius, bimbang agar ia tidak dianggap hubungan songsang dan membawa bencana apabila telah berumah tangga nanti.

Dalam dunia yang serba canggih ini, gejala sosial memang tidak dapat dibendung. Semoga Allah sentiasa melindungi Siti dan memberi yang terbaik untuk Siti nikmati sehingga ke akhir hayat.

Menutup catatan, sepatah kata daripada saya, sesiapa yang merasa tenteram dengan Allah, maka dia akan tenteram dengan kehidupan, bahagia dengan apa yang dimiliki dan hatinya selalu berbunga , bercahaya kerana cinta Allah ada terukir di hatinya.

Salam

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. hambooii..luar daerah la sgt...
    mcm2 jadik skrg ni...

    BalasPadam
  2. banyak yang dah tak betul sekarang ni...nauzubillahiminzalik

    BalasPadam
  3. betul kata orang, sedalam mana pun kita sayang suami atau isteri kita, simpan juga rasa curiga untuk kebaikan kita bila jadi macam kes ni...

    BalasPadam

jerit kat sini