Loading...
MENGUBAH kejadian ciptaan Allah yang sempurna haram hukumnya di dalam Islam. Pemakaian susuk umpamanya bertentangan dengan ajaran Islam kerana cuba mengubah keadaan untuk kelihatan lebih muda, cantik, kebal atau hebat dalam hubungan seksual.
Susuk adalah amalan memasukkan sesuatu benda asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan sama ada secara nyata mahupun ghaib.
Bagi si pemakai susuk terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi antaranya tidak boleh memakan pisang emas, buah kundur, labu, tidak boleh melihat cermin dalam tempoh tertentu dan dilarang menghadiri majlis pengebumian atau pergi ke tanah perkuburan.
Susuk adalah amalan memasukkan sesuatu benda asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan sama ada secara nyata mahupun ghaib.
Antara jenis susuk yang nyata seperti susuk emas digunakan untuk ilmu pengasih, susuk geliga buaya bagi tujuan pelacuran, susuk beruang untuk ilmu kebal dan susuk buluh perindu bagi melunakkan suara.
Bagi si pemakai susuk terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi antaranya tidak boleh memakan pisang emas, buah kundur, labu, tidak boleh melihat cermin dalam tempoh tertentu dan dilarang menghadiri majlis pengebumian atau pergi ke tanah perkuburan.
Malah ada yang beralasan mereka memakai susuk tidak hanya untuk tujuan kecantikan dan awet muda saja, tetapi digunakan bagi tujuan ‘kebaikan’ lain seperti mahu kuat beribadat, menjadikan rumah tangga lebih bahagia, memajukan perniagaan serta meningkatkan keyakinan diri.
Hanya golongan yang tidak tahu erti bersyukur saja yang mudah tergoda dengan pujuk rayu syaitan untuk kelihatan hebat di sana sini.
Barangkali ada segelintir pawang atau bomoh mendakwa mereka tidak mengamalkan kaedah yang bertentangan dengan hukum Islam seperti menanam bahan seperti emas atau logam, tetapi hanya menggunakan ayat al-Quran susuk bacaan.
Bahan susuk itu tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pemakainya sebaliknya makhluk halus yang mengubah seseorang mengikut tujuan susuk itu dimasukkan ke dalam anggota badan seseorang.
Maka perbuatan seperti itu perlu dijauhi. Susuk itu haram kerana proses memakainya membabitkan unsur syirik.
Hukum mendatangi pengamal atau menggunakan susuk adalah haram berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi, menilik nasib dan bertemu pawang atau bomoh maka dihukumkan kafir.”
Kaedah pemakaian susuk biasanya mempunyai kaitan dengan amalan sihir yang boleh menjuruskan kepada penyelewengan. Jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran maka mereka sebenarnya sudah menggunakan ayat al-Quran untuk tujuan salah dan berdosa besar.
Susuk biasanya dipakai di kawasan tertentu pada anggota badan seperti muka, badan dan kemaluan. Pemakaian susuk sebenarnya berisiko tinggi kerana akan mempengaruhi seseorang mempercayai kuasa lain selain daripada kekuasaan Allah.
Islam tidak menghalang umatnya tampil cantik, malah menggalakkan umatnya melakukan sedemikian, namun perlu mengikut cara yang dibenarkan.
Kepada golongan wanita Islam, istilah ‘berhias’ hanya dibenarkan buat suami semata-mata dan bukannya untuk diperagakan atau ditunjukkan kepada orang lain.
Antara tujuan lain susuk digunakan adalah untuk menghasilkan kekuatan luar biasa, menjadi penunduk supaya orang lain hormat atau pun takut kepadanya dan menaikkan ghairah seks.
Susuk yang biasa digunakan adalah berbentuk jarum atau pun bahan tajam yang terdiri daripada unsur besi, perak, tembaga, suasa dan berlian.
Ketika susuk dimasukkan ke dalam tubuh badan, mantera dan ritual penyembahan serta penyeruan jin, syaitan atau iblis dilakukan bomoh susuk.
Apabila sudah berjaya memakainya, empunya badan ‘berasa’ diri mereka cantik, muda dan kuat. Penggunaan susuk sememangnya ‘mujarab’ kerana mendapat bantuan daripada jin serta syaitan.
Jika dapat dibuang bahan susuk yang dimasukkan ke dalam anggota badan itu adalah lebih baik. Ia mungkin dapat diatasi daripada pengamal perubatan alternatif yang diiktiraf dan berpengalaman.
Susuk ini kalau tidak dikeluarkan daripada tubuh badan boleh memudaratkan diri terutamanya ketika menghadapi saat sakaratulmaut.
Selain itu, akidah pesalah juga perlu dibimbing semula. Di situlah hikmah mengapakah kita perlu mengulangi bacaan surah al-Fatihah yang memohon supaya kita sentiasa terbimbing ke arah jalan yang lurus.
Ingatlah, syaitan dan jin mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan umat Islam daripada mendekati diri kepada Allah serta sedaya upaya memesongkan akidah manusia.
KHURAFAT...pemujaan amalan biasa dilakukan sesetengah bomoh.
Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Rani Awang Besar berkata, walaupun ada segelintir yang mendakwa mereka memakai susuk untuk tujuan kebaikan, tetapi matlamat mereka itu tetap tidak menghalalkan cara.
“Pemakaian susuk bertujuan mengubah kejadian asal manusia seperti untuk tampil lebih cantik, kebal, muda, hebat sememangnya nyata bertentangan dengan ajaran Islam.
“Ia ibarat mencabar kekuasaan Allah sebagai Pencipta malah mengancam akidah kerana perbuatan itu ada hubung kaitnya dengan amalan yang boleh menjurus kepada perbuatan syirik,” katanya.
Beliau berkata, bagi mereka yang pernah memakai susuk dalam tubuh badan masih berpeluang memohon keampunan dan taubat kepada Allah sebelum terlambat.
“Berikhtiarlah untuk membuangnya jika termampu di samping tidak putus-putus melakukan solat sunat taubat atas kejahilan dan keterlanjuran yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Biasanya individu yang memakai susuk memasukkan bahan seperti jarum atau bahan tajam lain berunsur besi atau perak ke dalam anggota badan.
“Jika dapat dikesan melalui kaedah imbasan maka keluarkanlah ia dengan segera.
Jika gagal dikesan lagi, minta ampun kepada Allah semoga taubat dan penyesalan kita diterima,” katanya.
Mohamad Rani berkata, untuk kekal cantik dan wajah berseri-seri amalkan sentiasa dalam keadaan berwuduk serta mandi dengan cara sempurna.
“Terbukti setiap perintah daripada Allah untuk kita laksanakan dalam kehidupan ini banyak manfaatnya. Contohnya, jika kita berwuduk dengan betul tertibnya dan tidak meninggalkan perkara sunat, ia mendatangkan banyak faedah kepada kesihatan tubuh badan manusia.
“Mengambil contoh amalan sunat memasukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq), ia terbukti berupaya mencegah penyakit resdung,” katanya.
0 Ulasan
jerit kat sini