Loading...
Cerita penangkapan yang berakhir pada kematian Osama bin Laden masih saja mengundang perhatian awam. Bahkan, kali ini ada sebuah kenyataan dari pesara pegawai tentera Pakistan bahawa tertangkapnya Osama Bin Laden diduga akibat pengkhianatan isteri. Ditulis oleh Akhbar Independent , Sabtu 10 Mac 2012, kenyataan itu disampaikan Brigadier Jeneral Shaukat Qadir yang menghabiskan masa berbulan-bulan untuk meneliti kematian osama.
Qadir diberi kesempatan untuk masuk ke dalam kompleks vila Osama bin Laden di Abbotabad, Pakistan - yang ditutup setelah operasi penyerbuan pada 2 Mei 2011 dan dibongkar pada bulan lalu. Selain itu, dia juga dibenarkan menyoal isteri muda Osama yang berjaya ditangkap saat serangan berlaku.
Menurut Qadir, adalah isteri tua Osama, Khairiah Saber, yang membocorkan maklumat kewujudan suaminya kepada CIA. Sikap pilih kasih Osama rupanya telah membuat wanita kelahiran Arab Saudi tersebut menjadi cemburu teranat-amat. Qadir menerangkan kecemburuan Khairiah Saber pada isteri termuda Osama - bernama Amal Ahmed Abdel-Fatah al-Sada - bermula saat dia datang kembali ke Pakistan pada awal 2011 dan kembali tinggal bersama Osama di kompleks Abbotabad itu. Darahnya mendidih melihat Bin Laden lebih menyayangi Al-Sada, yang terus mendampingi Osama dari Afghanistan sampai Pakistan.
Ini berbeza dengan Saber yang memilih meninggalkan Osama dan pergi ke Iran pada tahun 2001, sebelum kemudiannya tinggal bersama lagi di rumah Abottabad itu.
Di rumah Abottabad itu, Osama tinggal dengan ketiga-tiga isterinya, termasuk Saber.Osama tinggal di tingkat 3 rumah itu bersama Al-Sada, seorang perempuan Yaman yang masih berumur 19 tahun saat dia kahwini pada 1999. Isterinya yang lain, Siham Saber, tinggal di bilik yang lain di tingkat yang sama.
Sebelum mengahwini Khairiah Saber, Osama telah dua kali berkahwin. Kedua-duanya berakhir dengan perceraian. Dia disebut-sebut mempunyai lebih dari 20 anak.
Setakat ini, belum ada bukti yang pasti mengenai penglibatan Saber dalam operasi pembunuhan Osama itu. Yang pasti, pelbagai laporan para pegawai perisikan Pakistan dan AS sejak operasi penyergapan pada 2 Mei 2011 lalu itu, tidak sekata pun menyebut peranan isteri tertua Osama. (Kd)
p/s malas nak cakap banyak...pengajarannya??

0 Ulasan
jerit kat sini