NAMA-NAMA TINGKAT DI NERAKA DAN JUGA SEKSAANYA

NAMA-NAMA TINGKAT DI NERAKA DAN JUGA SEKSAANYA

Loading...
Melalui petunjuk hadis, diketahui bahawa neraka itu terdiri daripada tujuh pintu (yang juga bererti tujuh tingkat). Nama-nama tingkat neraka itu pula menurut al-Quran adalah:

1. Neraka Jahannam

“Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya.” (Ali Imran: 12)

2. Neraka Luza

“Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling ######. Yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (daripada iman).” (Al-Lail: 14-16)

3. Neraka Hathamah

“Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hathamah. Tahukah engkau apakah Hathamah itu? Iaitu api neraka yang bernyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikatkan kepada tiang yang panjang.” (Al-Humazah: 4-9)

4. Neraka Sair

“Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sair.” (An-Nisa’: 10)

5. Neraka Saqru

“Di dalam syurga mereka saling bertanya dari hal orang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk neraka Saqru. Jawabnya: ‘Kerana kami tidak sembahyang, tidak memberi makan orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat.’” (Al-Mudasir: 40-46)

6. Neraka Jahim

“Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan bawalah ke dalam neraka Jahim. Sesudah itu tumpahkan ke kepalanya air panas untuk menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya (kamu) dahulu orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragu-ragukan pada masa dahulu itu.” (Ad-Dukhan: 47-50)

7. Neraka Hawiyah

“Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka dia dilemparkan ke neraka Hawiyah. Tahukah engkau apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas.” (Al-Qari’ah: 8-11)

Sesungguhnya neraka itu dimasuki dengan dua cara; pertama, penghuni neraka dihalau dan dilemparkan masuk ke neraka. Cara ini digunakan kepada mereka yang kafir, munafik dan Iblis. Manakala cara kedua ialah dengan meniti Titian Shirathal-Mustaqim. Cara ini akan dilalui oleh umat bertauhid, umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, dan umat nabi-nabi yang terdahulu, baik mereka yang beramal salih mahupun mereka yang derhaka. Bagi mereka yang akan masuk syurga, mereka akan selamat melalui titian ini. Namun bagi mereka yang diputuskan hukumannya di neraka, mereka akan terjatuh ke dalam lubang neraka Jahannam.

Dalam al-Quran juga Allah telah menceritakan mengenai cara penghuni neraka itu dibakar. Apabila sahaja kulit tubuh mereka hangus, kulit yang baru akan tumbuh dan tubuhnya dibakar lagi sehingga hangus. Kemudian tumbuh lagi kulit yang baru dan dibakar lagi, dan begitulah seterusnya mereka diseksa berulang-ulang dengan penuh kesakitan.

“Terbakar muka mereka oleh api, dan mereka di dalam bermuka masam.”

(Al-Mukminun: 104)

“Bukan begitu: Sesungguhnya neraka itu menyala-nyala, lagi membongkar kulit kepala.”

(Al-Ma’arij: 15-16)

“Pada hari itu seksaan menutupi mereka dari atas kepala dan dari bawah kaki. Ketika itu Allah berkata: ‘Tahanlah olehmu seksaan ini (hasil daripada) apa yang kamu usahakan di dunia.’”

(Al-Ankabut: 55)

Dalam bukunya “Tazkirah”, Syeikh Qurtubi menulis, “Pada waktu api membakar itu, maka mengelupas seluruh kulit, gugur daging yang melekat di tubuh dan kelihatan tulang memutih. Mereka meronta-ronta kesakitan, memekik sekuat-kuatnya. Mereka menangis. Air mata bercucuran. Habis air mata, maka keluarlah darah. Terjadilah penyesalan-penyesalan, namun sedikit pun tiada gunanya...”

Ya, walau menangis air mata darah sekali pun, penghuni neraka sudah tidak akan lagi mendapat keampunan daripada Allah. Segala penyesalan sudah tidak berguna lagi. Tiada ahli keluarga dan rakan-rakan yang akan dapat membantu. Hatta malaikat penjaga neraka pun tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya daripada terus diazab.

“Rasalah olehmu, kerana kamu melupakan peristiwa yang akan terjadi pada hari ini. Kerana itu maka Kami melupakan kamu pula. Dan rasalah seksaan itu selama-lamanya. Hal ini adalah kerana amal perbuatan kamu sendiri.”

(As-Sajadah: 14)

Dengan janji Tuhan mengenai seksaan di neraka yang amat dahsyat, saya percaya tak mungkin akan terlintas walau sedikit pun di hati nurani kita untuk mendiaminya walau sebentar. Tak mungkin kita mahu termasuk dalam golongan yang merasai kesakitan yang amat sangat di neraka sedangkan terdapat manusia lain bersenang-lenang dengan segala nikmat Tuhan di syurga.

Maka, selagi masa masih bersisa, bertaubatlah kita atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Walau mungkin dosa kita menggunung tinggi, namun ketahuilah, pintu keampunan Allah itu sentiasa terbuka seluas tujuh petala langit dan bumi.

Catat Ulasan

0 Ulasan