Mimpi Seram,Dirang Dibakar!

Mimpi Seram,Dirang Dibakar!

Loading...

SERI ALAM: “Sehari sebelum rangka seorang manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, pada 8 Mac lalu, saya bermimpi Dirang menangis dengan tangan terikat manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat di dalam sebuah pondok yang sedang terbakar di ladang itu.
“Dirang meminta bantuan supaya menyelamatkannya daripada dibakar. Saya cuba mencapainya sebelum tiba-tiba terjaga daripada tidur,” kata Merlinda Budin, 22, ibu saudara kepada Dirang yang ditemui mati dibunuh, semalam.

Merlinda yang ditemui di kediaman Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, berkata, dia menceritakan mimpi berkenaan kepada ibu kanak-kanak itu, Roselyn Alan, 25.

Menurut Merlinda, Roselyn semakin gelisah dengan mimpi berkenaan dan terus menggiatkan usaha mengesan Dirang.

“Sejak itu, Roselyn kerap merayau di kawasan sekitar flat ini untuk mencari Dirang dan ada kalanya hingga ke kawasan landasan kereta api berhampiran berikutan ada penduduk mendakwa bermimpi Dirang di kawasan itu,” katanya.

Menurut Merlinda, kali terakhir dia bertemu Dirang pada pagi ketika dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Ibu saudara mangsa, Merlinda Budin, 22, tidak menyangka mimpi melihat mangsa menangis dengan tangan diikat dan mulut ditutup pita pelekat dalam sebuah pondok yang sedang terbakar di ladang kelapa sawit, akhirnya menjadi kenyataan apabila dimaklumkan mengenai kematian Dirang.
“Dalam mimpi itu saya melihat dengan jelas Dirang menangis dengan keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dalam sebuah pondok yang sedang terbakar. Malah dalam mimpi itu, Dirang berulang kali memanggil saya supaya dikeluarkan daripada api. 

“Saya cuba menyelamatkannya sebelum terjaga. Saya memaklumkan mimpi kepada Roselyn dan kami berusaha mencarinya di lokasi seperti dalam mimpi tetapi tidak menemuinya,” katanya. 

Merlinda tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku terhadap Dirang kerana pada hari kejadian dia terserempak dengan anak saudaranya itu. 

“Ketika bertembung dengan Dirang saya sempat bertanya hendak ke mana tetapi dia tidak menjawab tetapi hanya tersenyum dan berjalan ke arah kedai. Saya pula terus pulang. 
“Bagaimanapun, saya mula berasa tidak kena apabila ibu Dirang mundar-mandir di bawah flet sebelum memaklumkan Dirang tidak pulang selepas ke kedai pada waktu pagi,” katanya. 

Sementara itu nenek Dirang, Milnah Jul, 52, berkata sebelum polis datang, Roselyn terus mencari anaknya apabila penemuan rangka di kebun sawit Khamis lalu dikatakan bukan anaknya. 

“Dia senang hati apabila mayat itu dikatakan bukan Dirang, tetapi apabila menerima berita jam 6.45 petang tadi Roselyn tidak dapat menerima berita kematian Dirang. 

“Saya tidak menyangka Dirang diperlakukan sekejam itu sehingga kanak-kanak kecil itu dibunuh dan dibakar. Saya tidak tahu apa salah Dirang. Saya harap binatang yang melakukan perkara ini mendapat balasan sewajarnya,’ katanya. 

Terdahulu, Roselyn ketika ditemui tengah hari, berkata dia menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wanita yang tidak dikenali mengugut akan membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sehingga RM30,000. 

“Antara SMS yang saya terima: “Kalau kau mahu anak kau, aku mahu wang RM10,000 di Taman Tengku Anis masa jam 12 tengah hari, kalau tidak anak kau mati”, "Kalau kau tak datang pada hari Ahad anak kau akan dijual di Thailand,” katanya. 

Roselyn berkata, ugutan itu diterima pada malam Rabu lalu daripada seorang wanita yang mendakwa menyimpan anaknya itu dan meminta wang tebusan RM30,000 dihantar ke Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. 

Katanya, selepas wanita itu mematikan telefon, beliau cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab sehinggalah beliau menghantar SMS supaya wanita itu menghantar gambar anaknya sebagai bukti dan mendengar suara Dirang. 

“Wanita itu membalas SMS dengan meminta menjelaskan wang terlebih dulu sebelum menunaikan permintaan saya. Keesokannya, saya sekali lagi menerima SMS daripada nombor sama meminta saya menyediakan wang RM10,000 di tempat yang sama pada jam 12 tengah hari atau anak saya akan mati. 

“Saya cuba menghubunginya sekali lagi tetapi tiada jawapan sehinggalah Jumaat lalu, saya mendapat satu lagi SMS meminta membawa wang tunai RM10,000 dan menghantarnya pada Ahad ke taman sama. Wanita itu juga mengugut akan menjual Dirang kepada sindiket kanak-kanak di Thailand,” katanya. 

Roselyn berkata, susulan daripada panggilan telefon dan SMS itu, beliau memaklumkannya kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes anaknya untuk tindakan lanjut.


IBU NURIN JAZLIN SEDIH NASIB  DIRANG




SHAH ALAM - "Ya ALLAH... mengapa ini perlu berulang lagi? "Bulu roma saya meremang selepas mengetahui nasib Dirang. Air mata saya mengalir laju membasah pipi. Saya seperti nampak Nurin Jazlin Jazimin. Seperti sama-sama menangis mendengar bencana yang menimpa Dirang pula.

"Di hadapan mata, saya seperti sedang ditayangkan peristiwa menimpa anak saya lebih empat tahun lalu." Itulah yang diluahkan Norazian Bistaman, 40, ibu Nurin Jazlin, kanak-kanak yang dibunuh kejam pada September 2007 lalu.

Norazian tidak dapat mengawal sebak selepas mendengar berita Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, dipercayai dibunuh kejam sebelum mayatnya dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Nusai Damai, pasir Gudang Johor.

"Apa yang berlaku pada Dirang hampir sama seperti malang yang menimpa puteri kedua saya, Nurin Jazlin.

"Pencarian Dirang yang berakhir dengan berita perit ini sama dengan yang pernah kami lalui. Pedih dan perit yang dirasai Lima Medeng dan Roselyn Alan tidak ubah dengan apa yang saya dan suami pernah rasa.

"Kepada keluarga Dirang, bersabarlah... ini semua adalah dugaan. Apalah yang mampu kita lakukan selain berharap si durjana di luar sana itu segera mendapat balasan," katanya lagi.

Selain turut bersedih dengan kejadian menimpa Dirang, pada masa sama, Norazian meluahkan rasa marah dan geram pada manusia yang tergamak membunuh kanak-kanak tidak berdosa itu.

“Tidak kisahlah sama ada pembunuh anak saya atau Dirang itu orang yang sama atau tidak. Tetapi apa yang saya hendak katakan, pembunuh itu pasti tidak akan terlepas. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tangan juga!” katanya lagi.

Dalam pada itu Norazian berkata, dia berharap supaya masyarakat tidak sewenang-wenangnya gemar mengaitkan kes kanak-kanak hilang dengan dendam atau melibatkan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long).

“Masyarakat janganlah suka kaitkan kes budak hilang dengan perkara seperti itu. Sebaliknya, bersama-sama memberi pesanan supaya semua ibu bapa berhati-hati dalam mengawasi anak,” katanya.

Dari nada suaranya, jelas wanita itu benar-benar rasa terpukul dengan kejadian menimpa Dirang.

Pada 20 Ogos 2007, puteri comelnya, ketika itu murid tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang setelah keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pencarian berakhir apabila mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya dan hasil bedah siasat mengesahkan Nurin Jazlim mati akibat didera secara seksual.


P/S Semoga si durjana akan segera ditangkap.
Salam takziah utk keluarga serta tabahlah mnghadapinya....
Al fatihah...Amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan