Loading...
Kisah yang ingin saya paparkan adalah mengenai toyol, iaitu syaitan yang menjelma sebagai budak kecil bermuka hodoh dan berkepala botak. Kerjanya curi duit.
Memang ia macam cerita karut tapi cerita ini bukan direka-reka. la betul-betul terjadi dan yang saya sedih ialah orang yang memelihara toyol itu adalah seorang Pak Aji. Toyol itu pula dia perolehi semasa mengerjakan haji di Mekah.
Kisah ini terjadi kira-kira 10 tahun yang lalu di sebuah kampung. Nama tempat dan nama negerinya tak payahlah saya sebutkan kerana mungkin boleh menimbulkan fitnah. Yang nak saya beritahu cuma jalan ceritanya sahaja supaya kita semua mendapat iktibar daripada apa yang berlaku kepada Pak Aji tersebut.
Pak Aji yang membawa balik toyol Mekah itu memang saya kenal sebab dia tinggal tidak jauh dari kampung saya. Tambahan pula saya selalu juga pergi ke kampung tersebut untuk berkunjung ke rumah saudara mara saya di situ. Jadi latar belakang dan kisah mengenainya memang sangat saya maklum.
Lelaki terbabit umurnya dalam lingkungan 50-an dan sudah punya keluarga. Kehidupannya tidaklah sesusah mana tapi agaknya kerana ingin cepat kaya, dia pergi ke Mekah dengan membawa niat yang buruk. Subhanallah dia ke sana sebab nak cari toyol,
Bila sampai di Mekah, benda pertama yang lelaki itu cari bukannya haji mabrur, tapi besi tajam yang digunakan untuk mencucuk daging kebab. Besi itulah yang akan dipuja menjadi toyol. Tapi Mekah adalah tempat yang sangat makbul permintaan kita. Apa sahaja hajat kita, insya-Allah akan tercapai. Kalau kita nak baik, dapatlah yang baik dan kalau kita nak yang buruk, dapatlah yang buruk. Begitu juga lelaki tadi.
Setelah puas mencari ke sana ke mari, akhirnya lelaki itu berjaya membawa balik beberapa batang besi tersebut. Bila waktu berangkat pulang ke Malaysia, dia pun balik tapi bila sampai saja di rumah, dia pun mulakan perbuatan kejinya itu. Dengan menggunakan kebolehan dalam jampi serapah dan mentera, besi itu dipuja.
Saya difahamkan, besi kebab itu kemudiannya telah dipacakkan oleh lelaki tadi di empat penjuru kebunnya yang seluas dua ekar sebagai pagar. Akibatnya, sesiapa yang masuk ke kebunnya tanpa minta kebenaran habis dirasuk oleh penunggu kebunnya itu.
Sains memang tak terima kalau kita katakan ia berlaku kerana syaitan dan jin, tapi ini benda ghaib. Ini syaitan yang tak boleh diuji oleh sains. Ingatlah walau apa objek sekalipun, tak kiralah besi, pokok, kayu, batu atau apa saja, kalau kita puja dengan penuh keyakinan, syaitan atau jin akan datang.
Misalnya keris macam mana ia boleh terbang? Tentulah sebab dipuja sebab syaitan datang menjadi penunggunya dan terbangkan keris itu. Syaitan ini boleh menjelma dalam macam-macam bentuk. Dipuja, diasap dengan kemenyan maka datanglah ia. Begitu jugalah dengan besi kebab tadi.
Setelah dipagar dengan besi kebab, kebun lelaki tadi yang biasanya boleh keluarkan hasil dalam RM2,000 hingga RM3,000 sahaja mula mengeluarkan hasil yang menakjubkan. Dengar cerita pernah dia dapat hasil sampai RM8,000 hingga RM10,000. Siapa yang kerjakan kebunnya? Wallahuallam.
Saya difahamkan, besi itu juga dipuja hingga menghadirkan toyol. Sejak itu banyaklah penduduk kampung tersebut mengadu kehilangan wang. Pantang malam, ada saja duit penduduk kampung yang kena curi. Kisah ini makin hangat dan setelah siasatan demi siasatan dibuat, dan dari cara kecurian itu berlaku, tahulah mereka ia berpunca dari perbuatan toyol.
Orang-orang yang pandai dalam ilmu-ilmu ghaib juga berusaha mencari punca kejadian tersebut. Akhirnya mereka berjaya menemui jawapannya. Memang sah ia dilakukan oleh toyol dan pemilik toyol tersebut adalah rakan mereka sendiri. Begitu juga bagi mangsa toyol yang dibukakan hijab. Mereka nampak toyol itu sedang mencuri. Malah ada penduduk kampung yang nampak selepas mencuri, toyol tadi melarikan diri ke rumah lelaki berkenaan.
Sedang orang kampung gelisah dengan gangguan toyol, kehidupan lelaki terbabit semakin mewah. Wangnya makin banyak, hasil kebunnya pun makin menggalakkan. Tapi Allah itu Maha Besar dan Maha Agung. Harta yang didapati dengan cara yang diharamkan hanya akan membawa musibah. Apatah lagi jika bersahabat dengan syaitan.
Agaknya setelah hidup semakin mewah, lelaki tadi lupa atau mungkin juga tidak mahu menunaikan permintaan toyol belaannya. Dari apa yang kita tahu, permintaan toyol ialah menyusu, dari susu isteri lelaki tadi, dan juga darah yang disedut dari ibu jari kaki. Kalau dah minta selalu, tiap-tiap hari, tentulah tak tahan dibuatnya. Kerana kehendaknya tidak dipenuhi, maka toyol mula mengamuk dan mengganggu penduduk kampung.
Budak-budak lalu depan rumah lelaki tadi, kena usik toyol, kena rasuk. Mata terbeliak. Ipar saya juga pernah ternampak toyol itu. Kejadian tersebut berlaku pada satu pagi semasa dia nak menghantar anaknya pergi ke sekolah. Ketika itu si toyol sedang bertenggek di atas sebatang pokok.
Bukan dia saja, malah budak-budak yang lalu di kawasan berkenaan juga nampak toyol tersebut. Habis semua menjerit-jerit ketakutan. Ada juga kanak-kanak yang masuk tandas kena gigit kakinya dengan toyol. Budak-budak bila sakit, takut, teruslah menangis.
Kejadian orang kampung, khususnya orang-orang alim, yang nampak toyol itu melarikan diri ke rumah lelaki tadi menguatkan lagi sangkaan mereka. Tapi orang kampung ni memang baik, ada sopan santun dan tolak ansurnya. Walaupun bukti sudah di depan mata, mereka tak pergi serang rumah lelaki tadi, tapi memulaukannya.
Apabila lelaki berkenaan mengadakan kenduri, orang kampung tak datang. Bila orang kampung buat kenduri, mereka tak jemput dia. Pendeknya ke mana saja dia pergi, orang akan menjauhinya. Malas nak bercampur dengan dia. Ketika itu lelaki berkenaan memang betul-betul tersisih. Hidup dengan dunia sendiri, dengan toyol, jin serta syaitan belaannya.
Apa yang dilakukan oleh lelaki tadi dan kekecohan yang melanda kampung berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan adik beradik dan saudara maranya. Apalagi melentinglah mereka. Malu dengan perbuatan lelaki tersebut. Lebih-lebih lagi abangnya yang memang terkenal dan punya kedudukan.
Kerana sudah tidak tertahan dengan perbuatan adiknya yang memalukan mereka, pada suatu hari si abang datang ke rumah adiknya itu. Bila sampai teruklah lelaki berkenaan kena marah. Si abang mendesak adiknya itu supaya segera bertaubat, minta ampun kepada Allah, insaf dan pulangkan balik besi kebab yang diambilnya dari Mekah untuk memagar kawasan kebun dan dipuja hingga datang toyol.
Mula-mula memanglah lelaki tadi tak mahu dengar nasihat abangnya tetapi setelah puas dinasihati, akhirnya dia akui kesilapannya. Apatah lagi bila sedar masa itu kehidupannya walaupun mewah, tapi tidak bermakna sebab orang kampung pulaukan dia dan keluarganya. Tambahan pula dia memang ada asas agama serba sedikit,jadi terfikir juga dia akan kesilapannya itu.
Akhirnya lelaki itu balik ke pangkal jalan. Dia bawa balik besi kebab itu ke Mekah. Bertaubat bersungguh-sungguh di depan Kaabah, menyesal dengan perbuatannya yang lalu. Alhamdulillah, selepas kembali dari Mekah, lelaki tersebut berubah. Kecurian akibat toyol atau orang dirasuk syaitan juga tidak berlaku lagi. Lelaki berkenaan pun sudah diterima balik oleh penduduk kampung.
Apa yang nak saya timbulkan di sini ialah, inilah kesan pengaruh harta yang buatkan kita lupa hingga sanggup menggunakan jalan yang salah. Tambahan pula bagi kita yang asas tauhidnya lemah. Lelaki tersebut agaknya dulu terpengaruh nak kaya cepat, jadi dia buatlah kerja guna toyol. Tuhan tak merestui. Tapi kaya pun nak buat apa kalau masyarakat tidak suka dengan kita.
Bagaimanapun, saya kecewa kerana kisah seperti ini masih berlaku lagi.
Sampai sekarang masih ada jemaah haji yang bertanya kepada saya kat mana nak dapatkan cucuk sate di kota Mekah. Saya tau dah, kalau orang tanya pasal cucuk sate di Mekah memang dia nak buat pagar kawasan kebun atau rumah mereka. Sambil-sambil itu mereka nak cari kekayaan. Cucuk sate itu walaupun cuma lidi, buluh, tapi kalau dipuja dengan penuh keyakinan, syaitan akan datang.
Mungkin ada yang beranggapan cerita ini karut, khurafat, tapi ingin saya tegaskan sekali lagi kejadian membawa toyol dari Mekah memang betul-betul terjadi. Dan saya rasa saya perlu ceritakan kisah ini supaya kita semua sedar bahawa itu adalah haram. Harta yang dikumpul dengan jalan haram akan dibalas juga oleh Allah dengan balasan yang buruk. Janganlah kerana harta dunia kita sanggup menjadi hamba kepada syaitan.
Rujukan: Mastika Julai 1997
JawapanMemang ia macam cerita karut tapi cerita ini bukan direka-reka. la betul-betul terjadi dan yang saya sedih ialah orang yang memelihara toyol itu adalah seorang Pak Aji. Toyol itu pula dia perolehi semasa mengerjakan haji di Mekah.

Apakah hukum orang yang membela toyol dan mengamalkan ilmu hitam begini?
KEBANYAKAN orang Melayu biasa mendengar perkataan toyol yang difahami sebagai sejenis hantu. Ia juga merujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit.
Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang. Mengikut Kamus Dewan definisi toyol adalah: “toyol ialah sejenis hantu yang suka mengganggu orang”. (Kamus Dewan, hlm: 1711, Kuala Lumpur, 2005)
Misalnya, kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping, dia mungkin mencuri sebahagian, sekeping atau dua keping.
Sebab itu kita biasa dengar kalau ada yang hilang duit akan berkata: “Toyol manalah curi duit aku”. Maksudnya kehilangan duit akan dikaitkan dengan toyol.
Seharusnya kita mengenali toyol yang daripada jenis jin ini dengan lebih terperinci. Menurut apa yang ustaz baca dapat disimpulkan bahawa toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60 sentimeter sahaja.
Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak.
Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. Ia adalah daripada bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat.
Penggunaan toyol adalah kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang daripada ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.
Di sana terdapat syarat-syarat yang dikenakan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan syarat-syarat itu adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir.
Antara syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memelihara toyol adalah:
nTidak boleh mengamalkan ajaran agama.
nTidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
nBersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
nBersikap cinta kepada harta benda.
nMenyediakan sajian untuk makanan toyol.
nRumah harus jauh daripada orang ramai dan kegiatan agama.
nSuasana rumah harus redup.
nSediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
nHarus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
nHarus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.
Toyol tidak diperoleh dengan percuma. Malahan orang yang ingin memilikinya perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya daripada orang yang memuja jin kafir.
Jelas di sini bahawa pemilikan toyol adalah dengan tujuan membolehkan dia mencuri wang jiran tetangga mahupun daripada rumah orang kaya untuk disampaikan kepada tuannya.
Perbuatan ini bertentangan dengan Islam, perbuatan memelihara toyol adalah haram dan berdosa di sisi Islam. Sementara, perbuatan menyuruh toyol mencuri duit juga haram dan berdosa.
Maksudnya, orang membela toyol melakukan dua dosa besar kepada Allah. Pertama melakukan syirik kepada Allah dengan bergantung kepada makhluk seperti toyol bagi mendapatkan rezeki dengan jalan yang haram.
Dosa kedua adalah mengambil harta orang secara haram dengan mencurinya. Allah SWT juga akan menghitung si pembela toyol dengan cukup keras dan azab Allah menantinya atau perbuatan yang bertentangan dengan agama Allah SWT.
Ini kerana kebanyakan orang membela toyol tidak boleh mengamalkan ajaran Islam, tidak boleh solat, tidak boleh bersedekah tidak boleh membaca al-Quran dan lain-lain amalan kerohanian.
Allah SWT menjadikan Adam a.s dengan penuh penghormatan dengan memerintahkan para malaikat sujud sebagai tanda hormat kepada Adam a.s. Juga memperlihatkan bahawa Adam a.s lebih daripada makhluk-makhluk yang lain ini kerana Allah sendiri yang menjadikan Adam a.s.
Ini jelas dalam firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (al-Kahfi: 50 ).
Dalam ayat yang sama Allah menempelak sikap manusia yang akan menjadikan syaitan sebagai pembantu-pembantu mereka, juga menjadikan syaitan yang asalnya daripada jin sebagai sahabat karib.
Manusia yang malas berusaha dan berdiri atas kaki sendiri akan sering mencari jalan haram dalam mengumpul kekayaan dengan tidak menghiraukan halal haram dalam sumber pendapatan.
Kemuliaan manusia akan terserlah apabila manusia berusaha membanting tulang empat kerat dan berkeringat dalam mencari rezeki yang halal.
Bersama Mohd. farid ravi abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis, Selangor,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
2 Ulasan
kusyuk zy bace entry akak kali ne... Amik buat penbacaan dan pengajaran...
BalasPadam@ZYASH
BalasPadamitu la,akak pun ralit bila membacanya,sementelah suatu ketika dulu heboh pasal toyol kat tempat akak
jerit kat sini