Keindahan menakutkan di kala ribut matahari.Lihat!!

Keindahan menakutkan di kala ribut matahari.Lihat!!

Loading...

WASHINGTON - Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu mankjubkan.

Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.

Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.

“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.

Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.

Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.

Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya.

Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia.

Catat Ulasan

0 Ulasan