Kate Midlleton Tunjuk Bakat!!Lihat!

Kate Midlleton Tunjuk Bakat!!Lihat!

Loading...
KATE Middleton


KATE Middleton memberi sokongan padu kepada pasukan hoki wanita Britain apabila Duchess of Cambridge turut mengambil bahagian dalam sesi latihan di venue kejohanan di Stratford, timur London malah turut menjaringkan gol.

Kate menyarung jaket pasukan Britain dan berseluar panjang ketika turun ke padang dan menunjukkan kehebatannya.
Kate, 30 kelihatan gementar ketika menyertai skuad Britain ke Olimpik tetapi semua itu segera hilang apabila beliau yang pernah menjadi kapten pasukan Kolej Marlborough pada zaman remajanya memukau penonton dengan skil dimilikinya.


Beliau diminta bertemu pasukan dengan tugasnya sebagai duta pasukan Britain dan paralimpik Britain kerana kecintaannya terhadap sukan itu.


Duchess itu kelihatan seronok mengimbau zaman sekolahnya dan gembira berada di padang.


“Saya berharap dapat berada di sini, saya ingin melihat anda beraksi di Sukan Olimpik.

“Saya sudah melihat persediaannya dan melihat kerja di belakang tabir jadi tentunya menarik jika dapat kembali dan menyaksikan semuanya beraksi. Semoga berjaya.

“Saya sentiasa menanti peluang untuk ke sini tetapi kini sebaik berada di sini dan mengetahui saya perlu bermain, saya rasa tidak begitu yakin.

“Kali terakhir saya bermain mungkin pada 2005. Saya rasa bagaikan sudah 10 tahun tidak memegang kayu hoki.

“Ini tentunya memalukan. Saya membayangkan boleh melakukannya tetapi tubuh saya tidak menganggapnya begitu,” katanya.

Harapan menjulang tinggi terhadap pasukan Britain dalam Sukan Olimpik di mana pasukan hoki lelaki dan wanita mereka menduduki ranking keempat dunia dan dijangka mampu memenangi pingat.

Beliau begitu teruja mengenai lawatan itu dan meluangkan masa berbual dengan fisioterapi, jurulatih dan ahli skuad utama dan bertanyakan mengenai teknik latihan mereka.

Selepas bertukar pakaian, beliau terkejut dengan bilangan penonton yang datang.
“Oh, jangan beritahu saya perlu lakukannya di depan mereka,” katanya sambil ketawa. “Saya tidak mahu sesiapa pun menyaksikannya.

“Saya pernah bermain di sekolah dan teringat kesakitan otot yang dialami sewaktu berlatih di awal musim.”

Kate membuat tiga pukulan dari bahagian kiri gawang dan tersasar sebelum bergerak ke tengah dan menjaringkan gol dan menerima sorakan meriah daripada penonton.

“Wow, tiada lagi tekanan. Saya berazam untuk bermain sehinggalah saya menjaringkan gol.”

Pengarah prestasi, David Faulkner yang pernah memenangi pingat emas ketika menganggotai skuad Olimpik 1988, berkata mereka hanya tinggal enam minggu sebelum pemilihan ke Olimpik dan berada dalam kedudukan yang kuat.

“Kami gembira apabila Duchess meminta untuk melawat kami. Ia benar-benar menaikkan semangat dan menjadi topik perbualan dalam skuad ini.”

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini