Fasha-Jejai Nikah di KL, Resepsi di Perlis, Bulan Madu di Redang.Amboiiii.....

Fasha-Jejai Nikah di KL, Resepsi di Perlis, Bulan Madu di Redang.Amboiiii.....

Loading...

Kalau dah namanya rahsia, maka biarlah ia terus menjadi rahsia. Sehingga lah tuan empunya diri betul-betul bersedia mengumumkannya. Gerangan yang dimaksudkan siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha. Baik peminat mahupun para media sehingga ke saat ini masih bermain teka-teka dan spekulasi bilakah agaknya tarikh sebenar hari pernikahan dramatis jelita lagi sensasi ini bersama jejaka pilihannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli aka Jejai?

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh majlis ijabkabul, Fasha mengakui, benar dia akan mengakhiri zaman bujangnya pada penghujung April depan. 
"Yer betul saya akan bernikah pada penghujung April ini. Tarikh perkahwinan sudahpun ditetapkan oleh keluarga tetapi saya belum bersedia untuk memberitahu pada umum. Sebagai menghormati permintaan keluarga dan juga bakal suami, saya hanya akan beritahu khalayak selepas saya hantar kad jemputan", katanya yang ditemui selepas pelancaran program Wanita Inspirasiku, direstoran Fullhouse, Sunway Giza, semalam.
Fasha juga memberitahu majlis pernikahan akan diadakan di kediamaan barunya di Ampang yang. Kediaman tersebut merupakan pemberian Jejai kepadanya. Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan di adakan di Perlis. Sementara majlis resepsi sebelah pihak lelaki  di adakan di sebuah lokasi rahsia di luar negara. 
Tatkala diminta mengulas mengenai lokasi luar negara yang disebut-sebut baru-baru ini iaitu Bali atau Jakarta, Fasha tetap dengan pendiriannya, enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus tersebut.

Tambah Pelakon Wanita Popular ABPBH'10 ni lagi, persiapan perkahwinannya masih berjalan dan tidak mengkhususkan sebarang tema untuk hari bahagianya itu nanti. Bagaimanapun untuk resepsi di Perlis nanti, ia akan berkonsepkan tradisional atas keinginannya sendiri. Pun begitu katanya, dia mahukan majlis yang sederhana tanpa sebarang tajaan kerana tidak mahu terhutang budi dengan mana-mana pihak.
Dalam pada itu, ditanya mengenai destinasi bulan madu, Fasha berkata dia dan Jejai memilih lokasi Pulau Redang. Fasha turut mendedahkan dia bersetuju untuk mengahwini anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu selepas kali kedua lelaki itu melamarnya.


- mD
 p/s  hhhmmm...malas nak komen

Catat Ulasan

0 Ulasan