Sikecil Dirang Diberi Umpan Makanan Sebelum Ditamatkan Riwayatnya!

Sikecil Dirang Diberi Umpan Makanan Sebelum Ditamatkan Riwayatnya!

Loading...
DIRANG...apa dosa sikecil itu
Masih lagi menjadi tajuk-tajuk utama akhbar malah di blog-blog juga
Pastinya seluruh rakyat Malaysia marah,bukan saja kes ini diperkatakan di laman-laman blog malah menjadi topik hangat tatkala ber'sidang'nya kaum-kaum ibu pada sebelah petang...


Umpan makanan
JOHOR BAHRU: Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, mungkin diumpan makanan kegemaran atau barangan permainan oleh individu tertentu sebelum dilarikan dan ditamatkan riwayatnya.
Pegawai Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noriz Wanti Ahmad, berkata kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun seperti Nurul Nadirah atau mesra dengan panggilan Dirang mudah mematuhi arahan seseorang termasuk yang tidak dikenali untuk mengikut mereka sekiranya diumpan barangan kegemaran.

“Ia berlaku kerana faktor usia, kanak-kanak pada usia berkenaan tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk selain mungkin tidak pernah menerima pendedahan daripada penjaga supaya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali.

“Namun, apabila menyedari mereka berada di tempat yang kurang selesa dan selamat berikutan berjauhan daripada keluarga, kanak-kanak boleh mengalami trauma. Jika ia berterusan maka ia mampu memberi kesan kepada psikologi mereka apabila dewasa kelak,” katanya, semalam.

Noriz mengulas berkaitan kes Dirang yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak 1 Mac lalu.

-Harian Metro


Kematian Dirang: Di mana tempat yang selamat?

"Al-Fatihah untuk Nurul Nadirah. Negara ini bukannya yang paling selamat di Asia Tenggara sebagaimana yang didakwa," kata satu kenyataan dalam Twiiter mengenai kematian Nurul Nadirah.

Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak mengambil ringan keselamatan anak-anak sebaliknya perlu sentiasa berwaspada walaupun berada di kawasan rumah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Geram bila baca kes ini kan... kakak berdoa moga yg menjadi dalang pembunuhan kejam ini dapat balasan setimpal...

    BalasPadam
  2. @Kakzakie
    tu la kak,sama ngan saya..biar pembunuh kena hukuman yang sama ngan Dirang

    BalasPadam

jerit kat sini