Berlian bekas isteri sultan berunai dicuri!

Berlian bekas isteri sultan berunai dicuri!

Loading...
Bekas pengawal peribadi bekas isteri Sultan Brunei curi berlian
Isteri Sultan Brunei yang pertama Anak Saleha (tengah) dan bekas isteri Mariam Abdul Aziz


LONDON - Bekas isteri Sultan Brunei Hassanal Bolkiah, Mariam Aziz, mendakwa bekas pengawal peribadinya telah mencuri dan menjual berlian bernilai 12 juta pound (RM57 juta) miliknya, kemudian menggantikan dengan berlian palsu.

Fatimah Kumin Lim, 34, dituduh mencuri gelang berlian bernilai 3.5 juta pound (RM16 juta) dan dua bentuk cincin berlian dengan nilai 8.7 juta pound (RM42 juta) pada 2008 dan 2009, malah menggunakan aset itu bagi melangsaikan hutang judinya.

Mariam, 55, menerusi peguamnya berkata, Lim membuat peangakuan di atas kecurangannya mengambil batu permata yang disimpan di kediaman tuannya di Kensington, Britain.

Bagaimanapun, Lim mendakwa terpaksa membuat pengakuan dan jenayah yang dilakukannya itu adalah arahan daripada Mariam yang menyuruhnya menjual berlian-berlian berkenaan untuk membayar hutang judi.

Mahkamah turut mendengar pengakuan anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, bahawa dia telah dijerat untuk meminjamkan dua bentuk cincin permata biru dan kuning yang kini masih belum dipulangkan.

Lim yang tidak menghadirkan diri semasa perbicaraan kesnya di mahkamah tinggi turut tidak diwakili mana-mana peguam disebabkan kekurangan dana.

Catat Ulasan

0 Ulasan