Anda berani menginap di Kamar Nyi Roro Kidul?Lihat kamarnya!!

Anda berani menginap di Kamar Nyi Roro Kidul?Lihat kamarnya!!

Loading...
Foto: Keanehan Kamar Nyi Roro Kidul

Beranikah anda menginap di Bilik 308 Hotel Inna Samudera, Pelabuhan Ratu? Bilik ini khabarnya ditempati oleh Nyai Roro Kidul.Lukisan Nyai Roro kidul, warna yang serba hijau, dan bau dupa, menghiasi bilik ini. Jika berani, cubalah! 

   Pelabuhan Ratu, Sukabumi, merupakan tempat berehat dan melancong bagi para pecinta pantai. Pantainya bersih yang indah akan memanjakan siapa pun yang datang. Akan tetapi, satu hal yang tidak kalah terkenal dari Pelabuhan Ratu adalah legenda Nyai Roro Kidul.Legenda Nyai Roro Kidul sangat terkenal di daerah ini, bahkan mitos yang melarang untuk memakai baju hijau saat ke pantai pun sangat ditaati. 

    Nyai Roro Kidul bersemayam di sepanjang kawasan pantai selatan Pulau jawa. Ada yang mengatakan, Nyai Roro Kidul mempunyai kerajaan di dasar laut. Salah satu tempat yang dipercayai sebagai tempat rehat Nyai Roro Kidul adalah bilik 308 Hotel Inna Samudera. Hotel Inna Samudera adalah hotel berbintang di kawasan Pelabuhan Ratu. Hotel ini mempunyai kemudahan yang lengkap, mulai dari service yang baik, kolam renang, taman permainan, hingga letaknya yang di pinggir pantai. Hotel ini ditubuhkan pada tahun 1962 oleh Presiden Soekarno. 


      Bilik ini tak pernah sepi dari para pelancong, yang ingin meminta ilmu dan berdoa di bilik tersebut. Hinggakan Julia Perez, artis terkenal, pun menginap di tempat ini. , anda tidak harus menginap, tetapi cukup membayar bayaran sukarela   untuk melihat dari dekat bilik ini. anda akan dihantar oleh salah satu petugas hotel menuju ke bilik ini. 

     Apabila anda masuk, suasana mencekam akan terus menghampiri anda.Warna hijau dan bau-bau dupa serta sesajen boleh anda rasakan. Bilik ini cukup simple, hanya mempunyai satu katil serta bilik mandi. Akan tetapi, kebersihan bilik ini tetap terjaga, kerana untuk menghormati Nyai Roro Kidul. Di dekat katil, terpampang lukisan Nyai Roro Kidul yang besar, konon ia biasanya berehat di tempat ini. 

     Di bilik ini pun, anda boleh melihat banyaknya surat-surat dari hasil doa dan pertapaan orang-orang. Isinya, banyak yang meminta rezeki dan jodoh. Selain itu, juga terdapat banyak perhiasan, baju, dan pemberian-pemberian orang-orang yang bertapa untuk Nyai Roro Kidul. Anda pun dibenarkan untuk mengambil gambar di sini, tapi ingat, jangan pernah berkata-kata kasar dan tidak senonoh. 

  Hhmmm, anda tidak boleh berlama-lama di bilik ini, sebab banyak orang yang berkunjung untuk menginap. Harga untuk menginap, dianggarkan sekitar jutaan ringgit. Jadi, apakah anda berani menginap di bilik 308 Hotel Inna Samudera pada malam Jumaat?

p/s...misteri..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dengar cerita dari my bibik, ada artis lama Indonesia membuat amalan Nyi Roro kidul, hanya dia saja yang boleh bawa watak hantu, muka cantik dan akhirnya mati dalam keadaan menakutkan.Sebagai orang Islam ia adalah haram dan khurafat.

    BalasPadam
  2. @Rosnienari
    memang menyeramkan..sememangnya disana banyak kisah2 misteri

    BalasPadam
  3. betul tu sis,maid saya kata kat Indonesia ni mmg ramai amalkan ilmu2 khurafat ni especially membomoh orang.

    BalasPadam

jerit kat sini