Putera Harry patut buat kerja amal dari membunuh!!

Putera Harry patut buat kerja amal dari membunuh!!

Loading...

KABUL: Putera Harry sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai anggota keluarga diraja untuk membantu orang lain berbanding membunuh mereka, kata Taliban ketika mengecam kehadiran putera itu di Afghanistan.

Jurucakap pergerakan itu juga menegaskan pejuang mereka akan mencuba membunuh atau menculik Harry ketika berusaha menentang tentera Britain di Helmand.

Putera berusia 27 tahun itu, minggu ini diberi kelayakan sebagai juruterbang helikopter Apache dan sumber Kementerian Pertahanan Britain mengesahkan pewaris ketiga takhta Britain itu dijangka berkhidmat selama empat bulan di medan perang di Afghanistan.
Beliau akan menerbangkan misi dari Camp Bastion di Helmand sebagai pembantu juruterbang, mengendalikan senjata termasuk peluru berpandu Hellfire dan senjata berantai.

“Seorang putera sepatutnya menggunakan kedudukannya membantu orang lain, bukan datang dan membunuh orang di seluruh dunia,” kata Zabiullah Mujahid.
Harry berkhidmat selama 10 minggu sebagai pegawai infantri di Helmand pada tahun 2008, tanpa liputan media untuk melindungi beliau daripada menjadi sasaran sebarang serangan Taliban.

Mujahid memberitahu Daily Telegraph: “Sejak dulu kami mempertahankan negara daripada penceroboh dan akan terus berbuat demikian pada masa depan. Kami akan terus mempertahankan negara kami daripada penceroboh tetapi juga akan menggunakan seluruh kuasa untuk membunuh atau menangkap putera itu.
“Kami akan sedaya upaya memerangi tentera Britain kerana mereka adalah anggota kedua terbesar dalam gabungan tentera asing,” katanya,

Zabiullah juga memberi jaminan Harry akan dilayan seperti tahanan lain jika berjaya ditangkap. – Agensi

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini