Loading...
SEBELUM ini kita telah membicarakan tentang hakikat kehidupan alam barzakh yang merupakan alam yang tersendiri. Roh manusia tetap hidup dengan caranya yang tersendiri walaupun sudah berpisah daripada jasad dan menamatkan kehidupan duniawi.
Jika mereka yang telah mati langsung tidak dapat merasa dan mendengar di manakah kita hendak meletakkan pelbagai nas-nas berkenaan dengan larangan menyakiti mayat dan ahli kubur seperti yang banyak diriwayatkan daripada nabi SAW?
Kehidupan manusia di alam dunia berlegar di antara; melakukan ibadat atau hanya mengikut adat, dalam ketaatan atau kemaksiatan, dalam keadaan melaksanakan kewajipan-kewajipan untuk diri dan ahli keluarganya atau untuk Tuhannya.
Kadang kala dia berkeadaan bersih dan kadang kala dia berkeadaan sebaliknya. Kadang-kadang dia berada di dalam masjid dan kadang-kadang berada di tempat-tempat kotor tanpa dapat dipastikan bagaimanakah kesudahannya!
Kadang-kadang syurga itu jaraknya hanya sehasta daripadanya, tiba-tiba dia berpaling dari syurga itu akibat daripada perbuatannya yang keji, maka jadilah dia daripada kalangan ahli neraka, begitu jugalah apa yang terjadi sebaliknya.
Ada pun kehidupan di alam barzakh, jika dia termasuk daripada kalangan orang yang beriman, maka dia telah melepasi jambatan ujian yang hanya dapat tetap berada di atasnya orang yang bahagia dan berjaya. Setelah itu, dia mendapat pelepasan daripada sebarang pentaklifan.
Maka dia menjadi ruh yang bercahaya-cahaya, putih bersih, tajam pemikiran, bebas berterbangan dan berenang-renang di alam malakut dan alam-alam milik Allah SWT yang lain; yang tiada kemurungan, kesedihan, kebimbangan dan gundah gulana di dalamnya.
Alam ini bukan seperti dunia yang kita diami ini; tiada hamparan tanah, malahan tiada harta kekayaan emas dan perak jauh sekali hasad dan dengki manusia.
Sekiranya dia bukan di kalangan orang-orang yang beriman, maka keadaannya di alam barzakh adalah sebaliknya.
Sesungguhnya para nabi memiliki keistimewaan yang tersendiri di alam barzakh; tanpa ada manusia yang lain memilikinya. Jika ada manusia lain yang memiliki antara keistimewaan tersebut, itu hanyalah penisbahan sahaja; sama pada nama tetapi tidak pada hakikatnya.
Keistimewaan para nabi di alam barzakh terdiri dari dua aspek iaitu pertama, keistimewaan yang wajib bagi para nabi dan yang kedua, kelebihan yang menyempurnakan lagi keistimewaan tersebut.
Kita telah nyatakan sebelum ini bahawa kehidupan di alam barzakh adalah kehidupan yang hakiki. Mayat yang berada di alam kubur dapat mendengar, merasa dan mengetahui apa yang berlaku di dunia; sama ada dia itu seorang mukmin atau kafir.
Malah, kehidupan di dalam kubur dengan mendapat rezeki dan masuknya roh-roh ke dalam syurga bukanlah sesuatu yang dikhususkan kepada orang yang mati syahid sahaja seperti yang dibuktikan oleh dalil-dalil yang kukuh.
Ini adalah perkara yang sahih dan disepakati oleh ulama dan jumhur Ahli Sunnah wal Jamaah.
Daripada sini, perbincangan mengenai kehidupan para nabi (a.s) di alam barzakh adalah perbincangan yang sebenarnya tidak banyak mendatangkan faedah.
Ini kerana perkara ini telah jelas seperti terangnya mentari yang tidak memerlukan sesuatu dalil pun untuk menetapkan kebenarannya.
Bahkan, apa yang lebih tepat adalah kita memperakui bahawa kehidupan para nabi di alam barzakh adalah jauh lebih sempurna dan hebat (daripada kehidupannya di dunia), malahan lebih besar dan mulia daripada kehidupan manusia yang lain di alam barzakh.
Hidup manusia ada darjat
Kehidupan manusia di atas muka bumi ini pun berdasarkan bermacam-macam darjat, makam dan tingkatan yang berbeza.

Perbezaan ini bukan hanya di sudut lahiriah atau zahir tetapi turut berbeza dari sudut komitmen agama.
Ada di antara mereka yang hidup seperti orang yang telah mati. Allah SWT berfirman mengenai mereka: Ada pula di antara mereka seperti yang difirmankan oleh Allah: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Yunus:62)
Ada pula yang hidup dengan suluhan agama, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (al-Mukminun: 10).
Ada yang difirmankan oleh Allah sebagai berikut: Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (al-Zaariyaat: 16-18)
Sebagaimana kehidupan di dunia, maka begitulah juga kehidupan di alam barzakh yang mempunyai darjat dan kedudukan serta makam yang berbeza-beza, seperti firman Allah: Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. (al-Israk: 72).
Adapun bagi para nabi; kehidupan, rezeki, pengetahuan, pendengaran, pemahaman dan perasaan mereka adalah jauh lebih tinggi dan sempurna daripada manusia yang lain.
Ini dapat dibuktikan dengan dalil tentang hak-hak para syuhada sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (ali-'Imraan: 169).
Insya-Allah, di ruang yang akan datang kita akan menghuraikan lebih lanjut khusus tentang hakikat kehidupan para nabi a.s di alam barzakh.
Ditulis oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
3 Ulasan
indahnya mati sbg mujahidah :)
BalasPadammoga kita dirahmati Allah
BalasPadamSalam hormat,
BalasPadamApa yang berlaku apabila manusia dihidupkan semula, seolah-olah tiba-tiba kita tersedar dari tidur.
Apa yang berlaku kepada semua jasad, apabila langit dan bumi dihancur sehancur-hancurnya menjadi seperti debu berterbangan. Apa yang terjadi kepada jasad yang dikatakan tidak hancur.
Mengapa disangkakan ada roh yang dimasukkan ke syurga ketika tuhan mengatakan pada hari kebangkitan, semua roh dan jasad bercantum semula menjadi diri yang hidup, dibicarakan dan samada dihumbang ke neraka atau dipersilakan masuk ke dalam syurga.
Mengapa dikatakan kehidupan alam barzah sebagai kehidupan hakiki ketika nabi muhammad s.a.w mengatakan alam barzah adalah persinggahan sementara menunggu hari kiamat, dan tuhan mengatakan kehidupan hari kiamatlah kehidupan yang hakiki.
Macamana mayat yang ketiadaan roh masih dapat mendengar dan sebagainya sedangkan ia sedang mereput dan terurai menjadi zarah-zarah yang terasing antara satu sama lain.
Siapa yang mengatakan roh-roh orang beriman masuk ke dalam syurga. Apakah kepercayaan begitu menyerupai kepercayaan orang nasrani.
Mengapa dinisbahkan ayat al-israk:72 dengan kehidupan alam barzah sedangkan sudah jelas dikatakan ia berkaitan dengan kehidupan di alam akhirat. Apakah Alam akhirat dan alam barzah, alam yang sama.
Semoga kita semua ditunjuki jalan yang benar oleh Allah s.w.t.
jerit kat sini