Loading...
Pada tahun 2007, saya telah keluar 40h bersama pelajar-pelajar dari Malaysia yang menuntut di Jepun dan beberapa orang pelajar dari Singapura. Tempat taskil kami adalah di sebuah negeri di selatan semenanjung. Setelah keluar hampir 20h, jemaah kami di hantar pula ke sebuah masjid yang sudah agak lama tidak menerima kehadiran jemaah. Di sini terdapat seorang rakan seusaha yang merupakan seorang pencen askar. Seperti biasa, apabila sampai ke mana-mana masjid, antara aktiviti terawal adalah mengkhususi orang-orang tanggungjawab dan juga ahli jawatankuasa masjid.
Jemaah yang diputuskan telah bertemu dengan pengerusi masjid dan memaklumkan kepada tentang kehadiran jemaah. Alhamdulillah, pengerusi masjid menerima kehadiran jemaah kami dengan gembira, namun tetap mengingatkan kami supaya sentiasa menjaga kebersihan masjid. Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan supaya tidak mengulangi perbuatan jemaah yang terdahulu sehingga menyebabkan orang-orang tempatan rasa berat hati untuk menerima jemaah. Mendengarkan nasihat beliau, ahli jemaah kami sekadar mengganguk dan tidak bertanya lanjut tentang apakah sebenarnya telah dilakukan oleh jemaah terdahulu.
Apabila pulang dari khususi, beberapa orang tempatan dari halqah tersebut telah datang menziarahi jemaah. Salah seorang daripada mereka telah menceritakan perbuatan jemaah yang lalu yang menyebabkan orang kemasukan jemaah ke masjid tersebut terhenti untuk suatu tempoh yang agak lama. Menurut beliau, jemaah terakhir yang datang sebelum kedatangan jemaah kami telah tanpa sengaja mendatangkan kemarahan orang tempatan. Walaupun masjid tersebut agak besar, namun tidak terdapat dapur yang khusus atau ruang untuk memasak. Tandas pula terletak dibahagian luar kanan, tidak jauh daripada mihrab. Keadaan mihrab pula bertingkapkan cermin, dan diluar tingkap cermin tersebut diletakkan tempat mandi jenazah atau mayat. Mikrofon untuk bilal melaungkan azan pula diletakkan betul-betul berhampiran tingkap cermin di mihrab masjid, bermakna bilal yang melaungkan azan, apabila melihat keluar, pasti akan terlihat tempat mandi jenazah tersebut.
Sebagaimana amalan biasa, apabila kita keluar jemaah, pastinya kita akan beusaha sedaya mungkin menjaga tahajud. Mungkin untuk tujuan inilah, maka jemaah terdahulu sebelum kami telah bangun awal untuk mendirikan solat tahajud. Namun disebabkan bilangan tandas yang terhad, dan kebetulan pula ada beberapa ahli jemaah yang telah bangun serentak maka, mereka terpaksa mengambil giliran untuk menggunakan tandas. Semasa menunggu giliran inilah, mungkin disebabkan masih mengantuk, salah seorang ahli jemaah telah membaringkan diri di atas tempat mandi mayat atau mandi jenazah yang terletak betul-betul berhadapan luar tingkap cermin, di hadapan tempat bilal melaungkan azan. Mungkin disebabkan penantian yang begitu lama, beliau telah tertidur dengan nyenyaknya di tempat mandi mayat tersebut, tanpa ada sesiapa pun dikalangan ahli jemaah yang mengejutkan beliau.
Apabila telah masuk waktu Subuh maka bilal seperti biasa, pergi ke arah mikrofon dan mula untuk melaungkan azan. Bilamana dia memulakan sahaja lafaz perkataan azan yang pertama, maka dia terlihat satu lembaga terbangkit dari tempat mandi jenazah. Melihatkan keadaan itu, mungkin beliau menjadi terlalu takut dan tergamam sehingga tersasul dalam sebutan lafaz azannya menjadi ….
”Haaaaaaaannnnnnnntuuuuuuuuuuuuu”. Semua orang yang ada dimasjid jadi terkejut dan kebingungan dan apabila diselidik, ternyata hantu yang disangka oleh pak bilal tersebut adalah ahli jemaah yang tertidur di atas tempat mandi mayat tadi. Disebabkan kejadian itulah, kemasukan jemaah ke masjid tersebut telah ditangguhkan.
seperti yang diceritakan oleh penulis

2 Ulasan
Ha Ha Ha...
BalasPadamHa Ha Ha...
BalasPadamjerit kat sini