Loading...
Apabila ditanya oleh salah seorang pengikut Twitter Datuk Seri Najib Razak mengenai laporan berita yang mengaitkan beliau bersama isterinya Rosmah Mansor berbelanja sehingga RM325,000 untuk baju & menginap Penthouse A$20,000 (RM65,100) Semalam sepanjang bercuti di sana. Walaubagaimanpun, ini jawapan Datuk Seri Najib di Twitter :
Semakan kami berdasarkan laporan portal berita dailytelegraph.com.au,
“If you need to ask the price, this is not the place for you”
Maksudnya kalau anda bercita-cita nak menginap di hotel mewah, The Darling tetapi dalam pada masa yang sama “berhati-hati” dan “berkira-kira ” mengenai harganya, anda janganlah bermimpi untuk bermalam di sana. Ini bukan tempat yang sesuai untuk anda.
Berdasarkan rekod sebelum ini sehingga pertengahan Disember 2011, hanya selebriti Hollywood bernama George Clooney yang pernah tinggal dan bermalam di penthouse hotel, The Darling dengan harga melebihi US$15000 semalam. Berapalah agaknya harga yang dikenakan kepada “pelanggan” jika bermalam sekitar malam tahun baru?
Rosmah Mansor pun sudah menjawab apa yang beliau gelarkan juga sebagai tuduhan :
Ditambah beberapa hari dakwaan tersebut, Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang dikatakan turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia mengatakan Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.
'61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.'
p/s ingat..Datuk Najib dah pun bagi jawapanya mengenai kes tersebut..
sumber
0 Ulasan
jerit kat sini